Mengerjakan Haji ke Baitullah merupakan rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan sekali seumur hidup bagi setiap Muslim yang berkemampuan.

Kemampuan baik dari segi fizikal,kewangan dan keselamatan.Ia melibatkan ibadah badaniyyah iaitu fizikal maupun maliyyah iaitu harta.




Jemaah haji penerbangan pertama telah memulakan penerbangan sulung mereka ke Tanah Suci melalui Madinah pada Sabtu, 18 April 2026.

Dalam Al-Quran, surah Al-Imran, ayat 97 Allah telah berfirman yang membawa maksud: "Mmengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.

Barang siapa mengengkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada semesta alam."

Sehubungan itu sudah pasti Rukun Islam kelima yang wajib dilaksanakan sekali seumur hidup bagi setiap Muslim yang mampu, menjadi rebutan terutama apabila tempat terhad dan perlu menanti giliran untuk mendapat peluang penerbangan ke Baitullah.


Jemaah haji pertama berkumpul sebelum memulakan penerbangan mereka ke Madinah.

Alhamdulillah pada 18 April 2026 menyaksikan penerbangan sulung jemaah haji dari Malaysia melalui penerbangan pertama (Kelompok Terbang (KT) 001) bagi musim haji 1447H/2026M.

Penerbangan yang membawa 284 bakal jemaah haji telah berlepas pada jam 4.23 pagi menuju ke Madinah.

Adalah difahamkan selain bakal jemaah haji negara ini turut serta dan bersedia menyantuni dan membantu mereka ialah lebih 600 petugas haji yang berkhidmat di Tanah Suci (Madinah dan di Mekah)

Manakala seramai 262 petugas haji juga telah bersiap sedia bagi operasi haji melapor diri di lapan stesen berlepas di seluruh negara sebelum bakal-bakal haji tersebut berangkat ke Tanah Suci.


Jemaah haji disantuni oleh petugas Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum memulakan penerbangan.

Dengan bermulanya penerbangan 18 April 2026 bersamaan 1 Zulkaedah 1447H itu. maka musim haji tahun 2026 ini telah pun bermula sehingga penerbangan terakhir pada 20 Mei 2026 bersamaan 3 Zulhijjah 1447H.

Dimaklumkan pada Sabtu,  18 April 2026, sebanyak 4 penerbangan (KT001, KT002, KT003 dan KT004) telah berlepas ke Tanah Suci Madinah dengan membawa 1,208 orang bakal haji dan petugas Haji.

Menurut laporan rasmi, kuota haji Malaysia bagi musim 1447H/2026M ini kekal sebanyak 31,600 orang. - KitaReporters


10
17
0
10
0

Copy Link: