Video| Terima kasih abang! Borong jualan keropok daripada budak! Tak bersekolah untuk sara keluarga!

Published by
KitaReporters


TINDAKAN seorang lelaki membeli semua jualan keropok daripada seorang budak lelaki untuk meringankan beban setelah terjumpa tertidur bersama jualan di hadapan sebuah rumah kedai telah menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik media sosial yang bernama @lopez.budak.baik, kelihatan seorang lelaki menanyakan harga keropok yang dijual dengan mengejutkan budak lelaki itu daripada tidur sehingga membantu mengira harga jualan menggunakan kalkulator pada telefon bimbitnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penjual-penjual makanan


Tidak perlu tunggu menjadi kaya untuk berkongsi rezeki. Semoga adik mamat akan lebih sukses di masa hadapan.  Maaf tidak beli banyak, saya juga orang sederhana,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial berasa sebak melihat situasi kehidupan yang dihadapi budak lelaki itu yang terpaksa meninggalkan bangku sekolah untuk bekerja demi meyara keluarga serta mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang membeli jualannya.



“Terima kasih bang. Pada adik kacak, akak doakan kamu berjaya dunia dan akhirat. Suka tengok adab beliau bila berbicara. Jujur sahaja kata tidak bersekolah,” kata @MurniHarun.

“Sedih melihat, anak seperti ini terpaksa membantu keluarganya menjual. Semoga Allh pelihara anak ini, murahkan rezeki nya ya Allah,” jelas @adrianaabdulrahim.

“Kamu sangat kacak dik, semoga berjaya nanti apabila sudah dewasa,” tulis @TommyNg. - KitaReporters 



14
14
0
9
0

Copy Link: