Video| Ngoc Manh jadi Superman! Selamatkan kanak-kanak 2 tahun terjatuh dari tingkat 12 kondo

Published by
KitaReporters

Detik-detik cemas seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun sedang bergayut pada palang besi balkoni sempat dirakam oleh salah seorang penghuni apartmen Nguyen Huy Tuong, Hanoi,Vietnam. - Kredit foto: FB H.Linh


SERINGKALI kita mendengar bahawa kejadian kanak-kanak di bawah umur lima tahun mudah terjatuh dari bangunan tinggi seperti apartmen dan kondominium sehingga menemui maut apabila mereka tergelincir lalu terhempas ke bawah.

Kejadian seperti ini kerap berlaku berpunca daripada kelalaian dan kecuaian oleh pihak ibu bapa atau penjaga mereka.

Tambahan pula, kediaman mereka (bangunan tinggi) tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti penghadang besi atau jeriji besi keselamatan dan pintu balkoni pula sering terdedah dan sekali gus membiarkan kanak-kanak kecil untuk keluar tanpa disedari oleh sesiapa pun.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kondo:

https://kitareporters.com/search?search=kondo


Saat-saat mendebarkan kanak-kanak ini sedang berpaut pada galang besi sebelum dia jatuh ke bawah dan diselamatkan oleh orang awam. - Kredit foto: FB H.Linh


Tetapi lain pula nasib seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun ini dikatakan selamat dan masih hidup selepas terjatuh dari kediamannya di apartmen tingkat 12 terletak di jalan Nguyen Huy Tuong, daerah Thanh Xuan, Hanoi, Vietnam. 

Kejadian berlaku jam 5.30 petang (waktu tempatan) pada 28 Februari 2021 dan telah disedari kejiranannya di bangunan lain yang berdekatan.

Seorang wanita dewasa terlihat seorang kanak-kanak perempuan yang berada di balkoni apartmen (tingkat 12) sedang berpaut pada galang besi dalam keadaan bersendirian.

Terkejut dengan perbuatan kanak-kanak itu telah membuatkan  wanita itu (saksi kejadian) terus menjerit sekuat hati dengan meminta pertolongan daripada jiran-jiran yang lain yang berdekatan supaya dapat menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

Insiden yang sangat mendebarkan itu berlangsung dengan pantas sehingga sukar membayangkan bagaimana boleh mendapatkan pertolongan kerana dipercayai kemungkinan ibu bapa kanak-kanak itu tidak menyedarinya atau sememangnya kanak-kanak itu tinggal keseorangan.




Takdir telah menentukan hayat kanak-kanak itu masih panjang apabila seorang pemandu lori penghantar barangan, Nguyen Ngoc Manh, 31, kebetulan berada di lokasi kejadian.

Beliau terdengar jeritan kuat suara meminta tolong dari tingkat atas bangunan itu dan ternampak seorang kanak-kanak berada lebih 160 kaki tergantung dan akan jatuh pada bila-bila masa ke atas sebuah bumbung metalik.

Lelaki berani berhati mulia itu segera berlari menuju ke lobi bangunan apartmen dan terus memanjat tembok dan bumbung sebelum bersiap sedia menggunakan tangannya untuk menyambut kanak-kanak yang terjatuh dari tingkat atas.

Tindakan berani lelaki itu akhirnya telah berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu dan seterusnya menyerahkan kepada seorang pengawal keselamatan sebelum segera dihantar ke hospital berdekatan untuk dibuat pemeriksaan kesihatan dan diberi rawatan.


Nyuyen Ngoc Manh - Kredit foto dtinews.vn


"Saya lihat wajah dia seperti anak-anak saya dan dia hanya mendiamkan diri tanpa menangis ketika menghampirinya.

"Saya agak keliru dan terkejut dengan kejadian yang berlaku dan berkata kepada kanak-kanak itu, tolong-tolong saya ada di sini," jelas Nguyen yang nyta menjadi hero pada hari itu.

Tambah beliau lagi, dia tidak memikirkan apa yang telah berlaku selepas kejadian itu dan tidak pula memberikan nombor telefon untuk keluarga mangsa untuk menghubunginya.

Menurut keluarga mangsa, kanak-kanak itu dikatakan dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan ringan serta mengalami patah anggota lengan dan kakinya.

Ingatlah kejadian seumpama ini mungkin boleh berlaku kepada ahli keluarga kita. Justeru sikap sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan kanak-kanak kecil oleh kaum ibu bapa dan penjaga amat perlu dititiberatkan. 

Jangan mengambil sikap mudah, sambil lewa dan sering mengabaikan nyawa kanak-kanak tersebut kepada sebarang kejadian yang tidak diingini. - KitaReporters


Sumber:

https://twitter.com/i/status/1366061745035350017

http://dtinews.vn/en/news/017002/72705/little-girl-survives-fall-from-12th-floor-balcony-in-hanoi.html

http://www.ijcwed.com/wp-content/uploads/2018/07/IJCWED5_14.pdf

6
3
7
0
1

Copy Link: