..
Kanok membuka setin minyak untuk dicurah ke motosikal bekas kekasihnya. - Kredit foto: Paparan layar CCTV.

HANCUR hati seorang wanita apabila teman lelakinya enggan meneruskan hubungan cinta setelah dia memberikan hadiah berupa sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Triumph berharga sejuta Bath (kira-kira RM130,000)

Kanok Wan, 36, adalah anak golongan berada di Bangkok, Thailand, sementara bekas kekasihnya merupakan guru sebuah sekolah swasta di bandar raya itu. 

Kerana sakit hati, Kanok melakukan tindakan nekad dengan membakar motosikal berkuasa tinggi yang dihadiahnya itu.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kebakaran

...

Aksi Kanok mencurahkan minyak ke motosikal mewah bekas kekasihnya. - Kredit gambar: Paparan layar CCTV

Kanok mencurahkan minyak ke atas motosikal itu dan mencucuh api. Namun api itu turut menyambar enam motosikal lain yang di parkir berdekatan di tingkat 3 di Srinakharinwirot University Prasarnmit Demonstration School.

Kanok turut hampir terkena api ketika berlari meninggalkan lokasi jenayah dan bergegas menuju sebuah teksi yang menantinya.

...

Kanok turut hampir terbakar setelah minyak yang dicurahnya cepat merebak. - Kredit foto: Paparan layar CCTV


Mujur kebakaran tidak melarat besar apabila pasukan bomba dan penyelamat berjaya bertindak pantas untuk memadam kebakaran 10 minit kemudian.

Tindakan Kanok di kawasan parkir sekolah pada Isnin, 28 Julai 2021 itu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

...

Kanok bergegas meninggalkan lokasi jenayah dengan menaiki teksi yang menunggu. - Kredit foto: Paparan layar CCTV

Hasil rakaman CCTV itu pihak polis bertindak dan menahan Kanok pada Selasa, 29 Jun 2021.

Menurut republicworld.com, Kanok ditahan di Balai Polis Thonglor dan akan didakwa atas kesalahan membakar harta orang. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: