PROGRAM korban, Ibadah Qurban Kasih Neelofa (QKN) yang ditutup pada Jumaat, 2 Julai 2020 menerima sumbangan untuk 191 lembu dengan 151 daripadanya dari syarikat motivasi Richworks International yang diasaskan oleh Dr Azizan Osman, seorang motivator terkenal. Program ini dikendalikan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa. : KitaReporters

Neelofa dan Dr Azizan (tengah) pada majlis serahan cek dan ibadat korban di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor. - Kredit foto: IG richworks official


Dalam postingannya dalam Instagram @kasih neelofa, Noor Neelofa Mohd Noor, 31, mengucap syukur atas sumbangan orang ramai terhadap projek pertama ibadat korban yayasan amalnya.

Sementara itu, majlis penyerahan cek dan pelaksanaan ibadat korban antara RichWorks dan Pertubuhan Kasih Neelofa berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor pada Jumaat, 24 Julai 2020 lalu.

Acara itu disiar secara langsung dalam Facebook Dr Azizan iaitu tokoh motivasi yang menganjurkan kursus untuk menjadi jutawan.

Neelofa berucap dalam majlis itu


Sementara itu, Richwork dalam postingan dalam Instagramnya, Richworks Official menyatakan sumbangan ibadat korban yang diberikan dapat dimanfaatkan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan membantu lagi lebih ramai orang yang memerlukan.

Richworks menyerahkan cek berjumlah RM795, 750 untuk 151 ekor lembu korban.

Daging korban akan diserah kepada penerima yang layak di seluruh negara melalui jawatankuasa yang ditubuh.

Kredit video: IG @kasih neelofa

1
1
0
0
1

Copy Link: