Video | Bila pelanduk dua serupa! Wajah dan suara gadis serupa Fazura! Hi kembar, kata Fazura ori!

Published by
KitaReporters


Perkongsian seorang gadis yang menceritakan pengalaman bekerja di sebuah restoran segera mendapat teguran daripada pengurus restoran kerana wajahnya mirip pelakon terkenal, Fazura menjadi tular sehingga meraih perhatian artis itu sendiri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial bernama @ellezacksteak, beliau menceritakan kisah itu setelah ramai memberikan reaksi wajah dan suaranya mirip Fazura.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wajah mirip


Jika dilihat video tular yang kini sudah meraih lebih dua juta tontonan, suaranya memang kedengaran seperti Fazura.

“Semasa saya belajar tahun akhir cuti semester, saya kerja di sebuah restoran KFC sehingga pengurus restoran menimbulkan persoalan kenapa muka saya seperti Fazura,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.



Rata-rata pengguna media sosial bersetuju gadis itu mempunyai suara dan wajah mirip Fazura sehingga menarik perhatian pelakon popular itu yang memberi reaksi dalam ruangan komen video gadis itu.

“Oh, Hi kembar,” ujar @Fazura.

“Saya ingat ini video Fazura. Ingat Fazura cerita budak tak kenal Fazura kerja di KFC sekali tekan komen terus terkejut,” kata @Mhmmd_Eimann.

“Boleh tak Fazura betul-betul duduk sebelah dia,” tulis @tiqasandbox. - KitaReporters



13
7
0
15
0

Copy Link: