Masjid adalah sebuah tempat untuk kita beribadah dan mendapatkan ilmu. Namun begitu masyarakat zaman sekarang tidak menjadikan masjid sebagai tempat untuk musafir berehat lagi kerana risau dimarahi jemaah masjid. Walau bagaimanapun, masjid pada zaman sekarang hanya akan dipenuhi jemaah pada bulan Ramadan.

Terdapat juga masjid yang melarang kanak-kanak untuk tidak bermain dan bising. Ini membuatkan ibu bapa merasa bukan waktunya untuk mereka beribadah atau bermusafir di masjid jika terdapat anak kecil.



Namun bagi mereka yang bermusafir ke negeri utara, di Sungai Petani terdapat sebuah masjid yang mesra musafir dan juga kanak-kanak. Di Masjid Pusat Dakwah Murtadha (MADAD) ini terdapat fasiliti untuk kegunaan orang ramai yang sangat memudahkan mereka yang beribadah di masjid ini.

Terdapat taman permainan yang dibina di masjid ini untuk mereka yang membawa anak-anak kecil. Di sini mereka boleh bermain, dan ibu bapa boleh fokus kepada ibadat mereka. Inisiatif ini adalah satu cara mengajar anak-anak agama Islam ini tidak merumitkan.



Tambahan, pembinaan masjid ini lain daripada pembinaan masjid yang terdapat di Malaysia. 

Ini kerana masjid ini menyediakan kapsul berkatil bagi memudahkan urusan mereka yang sedang bermusafir berehat. Bagi mereka yang berminat, kapsul berkatil yang disediakan di masjid ini adalah percuma.





Inisiatif Masjid MADAD ini sangatlah memudahkan urusan semua orang. Rata-rata netizen yang melihat video masjid ini bersyukur dengan pembinaan ini yang memudahkan urusan semua orang. 

Ada juga netizen yang berpendapat agar masjid-masjid lain mengambil contoh pembinaan masjid di Sungai Petani, Kedah Ini. 

Untuk pengetahuan semua, Masjid ini adalah satu subset kepada pelancongan Islam bagi meningkatkan sikap menziarahi masjid. - KitaReporters



12
14
0
5
0

Copy Link: