Keluarga yang tidak berkemampuan di kawasan Parlimen Bagan Serai mendapat faedah apabila kerajaan negeri memberikan baucar RM100 untuk membeli pakaian dan persiapan untuk sambutan Aidilfitri.

Seramai 725 orang kanak-kanak dan warga emas menerima baucar untuk membeli peralatan dan pakaian di tiga pasar raya di Bagan Serai, Kamunting dan Parit Buntar.


Sham Mat Sahat (kanan) menyampaikan baucar kepada seorang wanita warga emas

Pegawai Khas Menteri Besar bagi DUN Semanggol, Datuk Sham Mat Sahat berkata, baucar ini adalah sumbangan kerajaan negeri di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Salbiah Mohamd.

Katanya, baucar itu diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun dan warga emas.



“Sumbangan ini memberi peluang kepada keluarga yang tidak berkemampuan untuk membuat persiapan bagi sambutan perayaan Aidilfitri,” katanya pada Program Meriah Beraya di Dewan Datuk Zainal Abidin di Bagan Serai, Perak pada 15 Mac 2026.

Sham berkata, pihaknya merakamkan terima kasih kepada keraajaan negeri kerana membantu golongan tidak berkemampun untuk merayakan Aidilfitri tidak lama lagi. 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyaakat supaya menggunakan baucar itu secara berhemah dan tidak membelanjakan membeli barangan tidak berfaedah seperti mercun.

“Walaupun nilainya tidak tinggi tetapi memadai untuk mereka berbelanja,” ujarnya.


Sebahagian kanak-kanak dan warga emas yang hadir pada Program Meriah Beraya di Dewan Datuk Zainal Abidin di Bagan Serai, Perak

Sementara itu, membeli pakaian hari raya adalah antara momen yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak pada setiap kali menjelang Aidilfitri.

Oleh itu, Pusat Komuniti DUN Manjoi meneruskan penganjuran Program Beli-Belah Pakaian Raya setiap tahun, khusus untuk anak-anak di kawasan ini, terutama daripada keluarga berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.

Seramai 320 orang anak-anak terpilih untuk menyertai program ini dengan setiap seorang menerima RM150 untuk membeli pakaian raya.


Asmuni Awi (kanan) mencuba songkok kepada seorang kanak-kanak pada Program Beli Belah Pakaian Raya di Mydin Meru Raya di Ipoh

Pengerusi Parti Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi membawa kanak-kanak tersebut untuk membeli belah pakaian raya di Mydin Meru Raya, Ipoh pada 13 Mac 2026.

Beliau yang juga ADUN Manjoi berkongsi gembira apabila melihat kegembiraan anak-anak memilih baju raya masing-masing pastinya memberi makna besar kepada mereka semua.


Asmuni (kanan) bergambar dengan sebahagian ibu bapa dan kanak-kanak yang menyertai Program Beli Belah Pakaian Raya di Mydin Meru Raya, Ipoh

“Semoga sedikit usaha ini dapat menambahkan lagi keceriaan mereka dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Komuniti DUN Manjoi, wakil-wakil Pusat Komuniti DUN Manjoi, parti Amanah Kawasan Tambun, Penghulu Chemor dan Penghulu Manjoi, Pengerusi-pengerusi JPKK DUN Manjoi an Mydin Meru Raya atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini,” katanya dalam kenyataan media dalam Facebook. - KitaReporters


Asmuni (tengah) bergambar dengan sebahagian kanak-kanak selepas Program Beli Belah Pakaian Raya di Mydin Meru Raya, Ipoh

9
11
0
11
0

Copy Link: