Aksi abang polis melucukan! Berjoget sambil kawal lalu lintas kenderaan! Menghiburkan pengguna jalan!

Published by
KitaReporters

Aksi seorang anggota polis trafik di Indonesia agak melucukan apabila dia berjoget sambil tangannya mengarahkan laluan kenderaan di jalan raya menjadi tular dalam media sosial, lapor TV Onenews pada 29 Mac 2026.



Melalui sebuah video yang dimuat naik itu, anggota polis terbabit, AKP Nanang Kusomo memakai uniform serta bertopi putih tanpa segan silu berjoget ketika menjalankan tugasnya. 

Aksi tersebut tidak hanya tertumpu untuk mengatur lalu lintas tetapi ia juga menciptakan suasana yang santai, sekali gus dapat menghiburkan para pengguna jalan raya yang melalui di kawasan berkenaan. 
Ia agak berbeza dengan petugas anggota polis lain, penampilan AKP Nanang Kusumo dengan gaya yang unik dan tersendiri ketika bertugas mengarahkan sebarang kenderaan  demi keselamatan pengguna jalan raya.



Gerakan khas yang dilakukannya menyebabkan para pengguna lebih tertib yang secara tidak langsung dapat menghiburkan mereka melalui jalan di situ. 

Ramai para pengguna jalan raya memuji aksi anggota polis trafik itu kerana tingkah lakunya yang agak melucukan bukan sahaja menambat hati mereka. 
Malah ia juga dapat menghilangkan tekanan para pemandu yang melalui jalan di lokasi itu akibat kesesakan lalu lintas.
"Begini cara membuktikan pekerjaannya tanpa mengira penat dan lelah anggota polis dapat menjalankan tugas dengan sempurna," ujar mereka. - KitaReporters

11
8
0
13
0

Copy Link: