Sejak banjir besar melanda Sumatera pada penghujung November 2025 lalu, Islamic Relief telah berada di lapangan bagi menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas antaranya bantuan pek makanan, air minuman, kit kebersihan, kit kesihatan, tarpaulin, dan lain-lain.




Terkini, Islamic Relief meluaskan bantuan dengan menyediakan rumah sementara (rumah panggung), tangki air dan dapur umum bagi menyediakan makanan harian kepada penduduk Desa Gedumbak, Mukim Langkahan, Aceh Utara.

Alhamdulillah, pasukan kedua Misi Bantuan Aceh Islamic Relief Malaysia yang telah berada di Aceh sejak Selasa, 23 Disember 2025 lalu berkesempatan menziarahi dan menyantuni penduduk terjejas, meninjau keadaan semasa dan melihat kejayaan projek bantuan seperti tangka air bersih dan dapur umum.




Aceh masih dilanda duka; anak-anak terpaksa bermain di timbunan kayu, ibu-ibu berusaha mengenyangkan ahli keluarga, dan bapa-bapa sedaya upaya memulihkan kembali rumah dan kehidupan mereka.

Islamic Relief akan terus menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas sehingga keadaan semakin pulih, insya-Allah. - KitaReporters/Kenyataan Media



18
13
0
7
0

Copy Link: