Video| Terbaiklah akak! Wanita tunaikan hajat pak cik gelandangan! Nak rasa makan KFC! Undang sebak!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN seorang wanita menunaikan kemahuan seorang warga emas gelandangan kelaparan yang ingin makan Kentucky Fried Chicken (KFC) telah membuatkan orang ramai sebak dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @cahayaichagulo_, kelihatan pak cik itu sungguh berselera menikmati makanan kegemaran ramai itu sambil ditemani wanita berkenaan dengan makan bersama.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan orang-orang gelandangan



Saya jumpa pak cik gelandangan ini. Permintaanya sangat sederhana, hanya ingin makan KFC,” ujarnya dalam laman aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai menyatakan memperoleh inspirasi dengan niat baik ditunjukkan oleh wanita itu mendorong mereka untuk membantu orang yang memerlukan serta mendoakan usaha wanita itu akan berterusan.



“Dulu teringin nak belanja tersayang makan seperti ini, tetapi tiada duit lagi. Tapi sekarang dah ada duit tetapi orang yang kita sayang sudah pergi meninggalkan saya,” kongsi @Ijat.Shooters.

“Bagusnya orang baik. Semoga sihat selalu dan terus sukses orang baik,” kata @MartinGud.

“Teruskan berjuang kak, insyaallah saya akan buat juga apa yang akan buat ini,” jelas @ImanJohar. - KitaReporters


6
14
0
17
0

Copy Link: