Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM 2024 di Dewan Tuanku Canselor, USIM pada 25 April 2024 baru-baru ini.

Turut berangkat Pro-Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al‘Abidin Tuanku Muhriz.



Dengan tema yang dibawa “Tradisi Dirai, Aidilfitri Disyukuri”, sebanyak 21 gerai disediakan yang melibatkan penyertaan semua Pusat Tanggungjawab (PTj) yang bersama-sama menyediakan lebih daripada 35 juadah dan menu hari raya.

Program anjuran Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM) dengan kerjasama Pusat Komunikasi Strategik ini telah dihadiri lebih 2,000 tetamu yang diraikan.



Naib Canselor, Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, majlis sambutan raya ini adalah dengan tujuan utamanya untuk merapatkan ukhuwah antara semua staf dan tetamu jemputan.

Pada masa yang sama, ia sebagai satu bentuk kegembiraan buat umat Islam di Malaysia dalam meraikan hari raya,” ujarnya lagi.

Dalam majlis sama, turut hadir pelakon utama Filem Pendek Raya USIM iaitu Fauziah Dato’ Ahmad Daud. Filem Pendek Raya USIM ini telah mencecah 200,000 tontonan dalam media sosial. - KitaReporters/USIM


9
15
0
6
0

Copy Link: