Menggunakan bahan kitar semula sebagai alat muzik dalam membawa pertunjukan mendapat perhatian kalangan pengunjung di Program Madani Rakyat (PMR) yang diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di Ipoh, Perak.


Pasukan Stompers Politeknik Ungku Omar (PUO) berehat selepas mengadakan persembahan yang menarik perhatian pengunjung.

Persembahan muzik persembahan Pasukan Stompers Politeknik Ungku Omar (PUO) yang menggunakan peralatan seperti pelbagai tong plastik dalam menghasilkan konsep Muzik Stompers telah mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat ke reruai Kementerian Belia dan Sukan pada 4 April 2026.

Pasukan Stompers Politeknik Ungku Omar telah membuat persembahan di bawah reruai Sekretariat Rakan Muda PUO (Rakan Muda Bumi) dengan mempersembah lagu Geleng Si Paku Gelang.

Menurut penyelaras Pasukan Stompers PUO Muhamad Fairus berkata, beliau tidak menyangka Perdana Menteri akan singgah ke reruai tersebut dan secara spontan turut menyanyikan lagu Geleng Si Paku Gelang bersama pasukan tersebut.

“Peluang ini merupakan satu penghargaan daripada Sekretariat Rakan Muda Perak serta kesempatan terbaik untuk memperkenal kepada masyarakat konsep muzik stompers yang menggunakan bahan kitar semula sebagai alat muzik,” katanya dalam kenyataan pada 4 April 2026.


Anwar Ibrahim tertarik dengan persembahan Pasukan Stompers Politeknik Ungku Omar (PUO).

Pasukan itu mengadakan persembahan dengan memainkan beberapa lagu sepanjang PMR.

Program PMR menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan di negeri Perak yang mengadakan pameran bagi menyalurkan maklumat dan perkhidmatan kepada orang ramai, khususnya penduduk negeri Perak serta pengunjung dari luar.

Program ini berlangsung selama tiga hari, bermula dari 3 hingga 5 April 2026 dengan menarik lebih 100,000 pengunjung. - KitaReporters


Pasukan Stompers Politeknik Ungku Omar (PUO) mengadakan persembahan di reruai Kementerian Belia dan Sukan. 

11
9
0
14
0

Copy Link: