"MASYARAKAT banyak mengukur kejayaan melalui bilangan A tetapi jarang bertanya berapa ramai pelajar ditinggalkan di belakang. Sebab disebalik setiap keputusan, ada ceritanya dan perjuangan yang kita tidak nampak.


Hannah Yeoh (tiga dari kanan) menyerahkan sijil kepada salah seorang guru pembimbing yang terbabit dalam Program  Tuition Mission Putrajaya (Misi Tuisyen Putrajaya atau TMP) 2026.


"Justeru, saya percaya pendidikan bukan sekadar lulus peperiksaan tapi membuka jalan hidup. Ia perihal memastikan seorang  anak tidak terperangkap dalam batasan yang bukan mereka pilih.  

"Malah, ia bagi memastikan seorang anak tidak terperangkap dalam batasan yang bukan mereka pilih," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Tuition Mission Putrajaya (Misi Tuisyen Putrajaya atau TMP) 2026 di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya. 

Turut hadir, Presiden PPJ, Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir; Ketua Pengarah JWP, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain; dan Pengerusi MPPWP Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim.



TMP 2026 adalah inisiatif strategik PPj bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mendapatkan akses kelas tambahan berkualiti secara percuma. 

Ia bagi memastikan tiada pelajar tercicir akibat kekangan kewangan dan selari dengan aspirasi Malaysia Madani dalam memastikan akses pendidikan yang inklusif dan saksama untuk semua.

TMP turut menerima sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), kerjasama strategik daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP).

TMP 2026 menyediakan kelas tambahan berkualiti khususnya dalam subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. 

Berdasarkan keputusan SPM 2025 yang diumumkan baru-baru ini, inisiatif TMP sekali lagi menunjukkan impak positif apabila 4 orang pelajar memperoleh keputusan 9A dan seorang pelajar memperoleh 8A.

Kesemua peserta TMP 2025 layak menerima sijil SPM. Jumlah gred cemerlang (A+, A dan A-) pula meningkat 23% kepada 161 calon berbanding 138 calon pada SPM 2024. Manakala kadar kelulusan keseluruhan turut meningkat sebanyak 8.3%.


Hannah Yeoh (dua dari kanan) berbual dengan sebahagian daripada pelajar dari sekolah sekitar Putrajaya yang terpilih untuk menyertai TMP 2026.


Bagi tahun 2026, program TPM 2026 ini menyasarkan penyertaan seramai 150 orang pelajar daripada 9 buah sekolah menengah harian di Putrajaya. 

Seramai 20 orang guru berpengalaman dilantik sebagai tenaga pengajar dan pembimbing, yang turut menyediakan modul pembelajaran khusus untuk kegunaan pelajar sepanjang program.

Guru-guru ini juga merupakan pembina Modul Kecemerlangan bagi mata pelajaran masing-masing pada peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya serta berpengalaman sebagai penggubal soalan pada peringkat yang sama.

Kepakaran dan pengalaman ini diyakini mampu memberikan bimbingan yang berkualiti serta membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar secara lebih berkesan.

Pelajar akan mengikuti kelas bagi empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

Pemilihan subjek ini adalah berdasarkan keutamaan dalam SPM, di mana Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan subjek wajib lulus, manakala Matematik dan Bahasa Inggeris memainkan peranan penting dalam menentukan peluang melanjutkan pelajaran serta kebolehpasaran pelajar.


Hannah Yeoh (tiga dari kiri) bersama pelajar Tuition Mission Putrajaya yang mendapat keputusan 9A dalam SPM 2025.


Melalui pendekatan berfokus, TMP 2026 menyasarkan pencapaian 100% kelulusan dalam peperiksaan SPM dalam kalangan peserta. Program ini akan memastikan setiap pelajar mencapai gred A atau sekurang-kurangnya gred C bagi semua subjek yang diambil.

Pengisian TMP 2026 akan juga merangkumi Program Kembara Ilmu, Kelas Tuisyen Mingguan, Lawatan ke Universiti Tempatan dan Program Pecutan Akhir SPM. 

Selain itu, program baharu iaitu Pembelajaran Luar Kelas akan diperkenal dan dilaksanakan pada hari Sabtu kedua setiap bulan bagi memberi pengalaman pembelajaran yang lebih holistik dalam persekitaran yang kondusif.

Kelas TMP 2026 akan dilaksanakan secara fizikal di Kompleks Kejiranan Presint 16, dengan jadual kelas pada setiap hari Selasa dan Khamis melibatkan sebanyak 30 sesi secara bergilir mengikut subjek. Program ini akan bermula pada 5 Mei hingga 18 Oktober 2026.

Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar serta memberi persediaan yang lebih mantap kepada mereka dalam menghadapi peperiksaan SPM akan datang (SPM 2026). - KitaReporters


Hannah Yeoh bergambar kenangan bersama tetamu VIP dan pelajar yang menyertai TMP 2026.

18
11
0
17
0

Copy Link: