Pro-Canselor baharu UMT! Sultanah Terengganu perkenan lantik Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali!

Published by
KitaReporters

 

 


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melantik Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, sebagai Pro-Canselor universiti berkenaan. 

Perlantikan itu telah diperkenan oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah selaku Canselor UMT.

Mohd Zuki, dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa pada 1 Mac 2024 hingga 28 Februari 2027. Ketika ini, Tan Sri Samsudin Osman juga merupakan Pro-Canselor UMT.


Sultanah Terengganu menyampaikan watikah perlantikan kepada Mohd Zuki Ali.


Anak jati Terengganu ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan dan pertadbiran kerajaan telah melayakkan beliau menerima pelbagai anugerah. 

Sebagai mengiktiraf sumbangan dan kebolehan dalam perkhidmatan, beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) sejak 31 Disember 2019.


Mohd Zuki (tengah) bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi UMT


Dari segi latar belakang perkhidmatan, beliau juga pernah dilantik menyandang jawatan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-13 dari 2006 hingga 2011 dan kemudiannya sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 2015 hingga 2016. 

Beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak pada 2016 dan Timbalan Setiausaha Kanan Kerajaan pada 2019.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Korporat dan Komunikasi UMT, universiti tersebut  yakin dengan pengalaman dan ketokohan Mohd Zuki dan pelantikan ini akan membantu dalam melonjakkan citra UMT sebagai institusi pendidikan tinggi berfokus marin yang terunggul dalam negara dan disegani pada peringkat global. - KitaReporters


Naib Cancelor UMT, Datuk Dr Mazlan Abd Ghafar (kiri) mengiringi Tan Sri Mohd Zuki Ali (tengah setibanya di dewan UMT.

14
10
0
8
0

Copy Link: