FIRA Malaysia muncul naib juara dunia FIRA Roboworld Cup. Pelajar-pelajar politeknik dan kolej komuniti (PolyCC) buktikan mereka memiliki bakat, kemahiran dan daya saing yang setanding dengan peserta daripada universiti serta institusi tinggi terkemuka dunia


Tim negara mempamerkan robotik rekaan mereka pada FIRA Roboworld Cup and Summit 2026 di Kanada.

Syabas dan tahniah kepada kontinjen Federation of International Robot- Sports Association (Persatuan Antarabangsa Sukan Robot atau FIRA) cabang Malaysia yang telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara Dunia dalam kejohanan ke-31 FIRA Roboworld Cup and Summit 2026 yang berakhir pada 21 Julai 2026 lalu di Kanada.

Kontinjen FIRA Malaysia telah berjaya dengan pencapaian yang membanggakan setelah mampu membawa pulang 14 pingat keseluruhannya.

Pada hari terakhir pertandingan, kontinjen negara cemerlang setelah menambah 2 lagi pingat emas, 5 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Sekali gus ia memperkukuh kedudukan Malaysia dalam persaingan Robotik bertaraf dunia.


Tim FIRA Malaysia telah berjaya menobatkan nama Malaysia pada Kejohanan FIRA Roboworld Cup and Summit 2026 di Kanada.

Dalam kategori 'Autonomous Car Challenge (Pro)', pasukan Malaysia mempamerkan penguasaan luar biasa dengan meraih 1 pingat emas dan 4 pingat perak.

Prestasi cemerlang tersebut telah melonjakkan FIRA Malaysia sebagai Naib Juara Dunia menerusi kedudukan kedua terbaik keseluruhan bagi kategori terbabit.

Seterusnya kecemerlangan dicapai dalam kategori HuroCup Pro (Mobility) menerusi kejayaan meraih 1 pingat perak.

Malah FIRA Malaysia turut menduduki tempat ketiga dunia bagi kategori HuroCup Pro.


Kejayaan tim Malaysia sehingga mampu dinobatkan sebagai Naib Juara Dunia amat membanggakan.

Kejayaan ini membuktikan pelajar politeknik dan kolej komuniti (PolyCC) memiliki bakat, kemahiran dan daya saing yang setanding dengan peserta daripada universiti serta institusi tinggi terkemuka dunia.

Pencapaian tersebut bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah memperkukuh kedudukan TVET Malaysia sebagai peneraju bakat teknologi, robotik dan kejuruteraan masa hadapan.


Satu lagi percubaan oleh tim robotik Malaysia.

Secara keseluruhannya FIRA Malaysia telah berjaya memungut 6 pingat emas, 5 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

Kecemerlangan ini telah mengangkat nama Malaysia di persada dunia. - KitaReporters

15
12
0
13
0

Copy Link: