Berita baik kepada semua pelajar dan guru sekolah menengah - pertandingan tahunan ‘DIY Made Simple’ kembali lagi.

Kini dalam tahun kelapan, edisi tahun 2024 ‘DIY Made Simple’ mengalu-alukan penyertaan daripada sekolah menengah di seluruh Malaysia untuk mengambil bahagian. 

Tema tahun ini, ‘Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition’ menyeru para pelajar mencari jalan untuk menambah baik kemudahan sekolah mereka dengan menggabungkan kaedah untuk mengguna semula, mengurangkan, mengitar semula dan mengitar semula bahan buangan, khususnya menggunakan kertas dan plastik. 

Memandangkan pengurusan sampah atau sisa pepejal merupakan antara cabaran utama yang dihadapi negara kita hari ini, pertandingan ini secara tidak langsung memperkukuh sokongannya kepada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kadar kitar semula kepada 40 peratus menjelang 2025, seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).



Sekolah yang berminat mempunyai masa sehingga 9 Mei 2024 untuk menghantar penyertaan mereka. Panel hakim yang terdiri daripada wakil dari Universiti Malaya (UM), Mr DIY, dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menilai penyertaan mereka dan menyenarai pendek enam belas sekolah. 

Sekolah yang disenarai pendek akan mengusahakan projek mereka bersama pensyarah daripada Fakulti Alam Bina UM untuk mengubah idea mereka menjadi realiti antara 5 Jun - 31 Julai 2024. 

Fasa penilaian akan berlangsung pada Ogos 2024 di mana pelajar sekolah akan membentangkan projek yang telah dimuktamadkan kepada hakim, dan pemenang akan diumumkan dalam Peringkat Akhir pada bulan yang sama.

Pertandingan ‘DIY Made Simple’ dianjurkan bersama oleh peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpuan Mr DIY (M) Bhd (Mr DIY), dan Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares) dan Fakulti Alam Bina UM, dengan sokongan Bahagian Sukan, Kokurikulum, dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Untuk mendaftar pertandingan, layari https://myumcares.um.edu.my/diy-made-simple-2023-repurposing-waste-countering-cost-of-living.html. - KitaReporters/Kenyataan Media


13
9
0
12
0

Copy Link: