Keputusan permohonan ke UA pada 25 Sept 2022! Bagi lepasan STPM dan setaraf! Semakan secara online!

Published by
KitaReporters

Kredit foto: KPT

PELAJAR-PELAJAR lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 atau yang setaraf dengannya boleh membuat semakan keputusan ke Universiti Awam (UA) bagi pengajian sesi akademik 2022/2023 bermula 25 September 2022 ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataannya pada 19 September 2022  memaklumkan pelajar boleh membuat semakan secara dalam talian mulai 25 September 2022 pada pukul 12 tengah hari sehingga 4 Oktober ini jam 5 petang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UPUOnline



Mereka boleh melayari laman sesawang seperti berikut:

1. https://jpt.utm.my 

2. http://jpt.uum.edu.my 

3. https://jpt.unimas.my 

4. http://jpt.ums.edu.my 

5. http /jpt.umt.edu.my

Selain daripada itu mereka juga boleh memuat turun aplikasi UPUPocket yang terdapat di Google PlayStore bagi peranti Android dan AppStore bagi peranti iOS untuk membuat semakan menggunakan telefon pintar.

Dalam kenyataan itu lagi, pengesahan penerimaan atau penolakan tawaran pula akan bermula pada 26 September sehingga 4 Oktober 2022 ini melalui laman sesawang rasmi UA.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 September ini setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran program pengajian sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dalam tempoh 10 hari mulai 25 September pukul 12 tengah hari sehingga 4 Oktober ini pukul 5 petang.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan. - KitaReporters


 

11
18
0
9
0

Copy Link: