PEJABAT Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Hands of Hopes bersama Pembimbing Rakan Sebaya (PPS) dan Pengawas Tahap 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Ahmad Manaf, Nilai, Negeri Sembilan bagi memberi sumbangan melalui pemindahan ilmu, kepakaran serta khidmat masyarakat.

Program itu merupakan siri jelajah komuniti dari Seksyen Perkhidmatan Interversi, Pejabat Pendaftar UPM dengan kerjasama Putra Bakti UPM dan turut mendapat tajaan dari Kao (Malaysia) Sdn. Berhad dan juga sabun Soap of Hope daripada Institut Biosains (IBS) UPM.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti khidmat masyarakat


Ketua Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pejabat Pendaftar UPM, Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, program tersebut bertujuan untuk menyantuni pelajar sekolah dengan pelbagai aktiviti yang ekspresif serta pemindahan ilmu kepada komuniti khususnya.

“Pendekatan ini selaras dengan peranan Putra Bakti untuk memberi fokus kepada nic universiti serta memberi peluang kepada warga universiti untuk kongsikan kepakaran serta khidmat masyarakat,” katanya.

Fasilitator program, Prof Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad yang juga penerima Pingat Saintis Muda Polar pula berkata, program itu dapat membantu perkembangan pelajar sekolah untuk memperoleh ilmu baharu.

“Sebagai fasilitator pada program ini saya mahu memberi inspirasi kepada pelajar sekolah mengenai Polar Kutub Selatan di Antartika iaitu berkenaan dengan haiwan-haiwan dan bagaimana untuk menjaga kelestarian alam sekitar kita,” katanya.



Penolong Kanan Petang, SK Dato’ Ahmad Manaf, Salmah Abdul Rahim berkata, program ini adalah baik untuk pelajar sekolah untuk memberikan pengalaman belajar di luar bilik darjah dan perkembangan ilmu semasa.

Katanya, beliau berharap program sebegini akan diteruskan dan pihak sekolah berterima kasih kepada pihak UPM atas perkongsian pembelajaran serta pengalaman seperti ini yang diperlukan oleh pelajar sekolah selain daripada belajar dalam kelas dengan seorang guru.



Sementara itu, Putra Bakti pula bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial dan kemahiran insaniah dalam kalangan warga UPM serta merupakan satu langkat dalam usaha UPM melaksanakan agenda ihsan dengan memperkukuhkan budaya berbudi, bertoleransi dan penyayang untuk pembangunan modal insan. - KitaReporters/USIM

17
5
0
18
0

Copy Link: