Mahasiswa UM di SMK Seksyen 18 Shah Alam bersama pelajar sekolah itu.
Pelajar membentangkan hasil tugasan mereka.

Seramai 20 mahasiswa daripada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya (UM) menganjurkan Kem Selangkah Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama 66 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18, Shah Alam pada 17 Jun 2023.

Pengarah programnya Tan Aik Kai berkata, Kumpulan Pendeta dari UM ini mengadakan pelbagai aktiviti selama dua hari di sekolah itu di bawah program Sulam dengan tujuan untuk membantu mereka bagi menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2024.


Penyertaan pelajar dan mahasiswa UM dalam program Sulam selama dua hari.

Katanya, kehadiran mereka sebenarnya adalah bagi membantu pelajar-pelajar sekolah ini supaya berminat dalam subjek sejarah terutamanya.

“Peranan guru di sekolah memang tersedia tanggungjawab mereka tetapi kehadiran kami dari UM ini adalah sebagai nilai tambah dalam subjek yang diajar,” sambungnya.


Barisan mahasiswa UM yang menganjurkan program SULAM.

Dalam pada itu Tan Aik Kai menambah program Sulam ataupun Service For Learning ini merupakan satu inisiatif yang telah diperkenal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Bahagian Pengajian Tinggi) yang bertujuan melahirkan graduan yang holistik, mempunyai sifat keusahawanan serta keseimbangan dalam kepelbagaian aspek.

Melalui Sulam ini mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan komuniti masyarakat dengan menganjurkan program seperti ini.



Katanya, sebagai mahasiswa mereka telah mengikuti pengajian di bilik kuliah dan kini tiba pula giliran kami untuk berkongsi dengan masyarakat mengenai apa yang kami pelajari.

“Moga kehadiran kami walaupun dua hari sahaja tetapi input dan keseronokan bersama-sama pelajar di sini memberi kepuasan dalam penganjuran ini,” sambungnya lagi.

Tan Aik kai bersama pasukannya juga mengucapkan terima kasih kepada Pengetua sekolah ini Kamali Murid dan barisan pengurusan sekolah serta guru yang memberi peluang kepada mereka untuk bersama pelajar-pelajar sekolah ini. - KitaReporters


13
9
0
9
0

Copy Link: