Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya menyertai China-ASEAN Education and Cooperation Week (CAECW) dan “Belt & Road Nations” Presidents Forum and Education Exhibition yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 30 Ogos 2023 lalu bertempat di Guiyang, China.

USIM telah diwakili Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Program yang bertemakan Pembangunan Pendidikan Integratif dan Inovatif itu mengumpulkan para pemimpin Universiti dari seluruh dunia seperti Malaysia, Filipina, Thailand, Brunei, Australia, Singapura dan pelbagai negara lagi.



Menurut Profesor Dr. Mohd Radhi, penyertaan kali ini memberi peluang kepada USIM untuk meneroka peluang kerjasama terutama dengan universiti dan sekolah di China menerusi pengambilan pelajar antarabangsa, kolaborasi dalam aspek pendidikan, penyelidikan, program pertukaran pelajar dan pelbagai kerjasama lain.

Selain itu juga, program berskala besar ini turut memberi peluang kepada universiti yang menyertai untuk membuka reruai pendidikan dengan memberi maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan di institusi masing-masing. Lebih daripada 14 buah sekolah dan universiti telah dijemput untuk menyertai forum dan pameran pendidikan ini. 

“Dengan menyertai program sebegini juga ia memberi peluang untuk USIM mempelajari bagaimana untuk meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan di USIM sekali gus meletakkan USIM sebagai universiti rujukan pada peringkat global pada 2025 nanti,” katanya lagi.



Minggu Kerjasama dan Pendidikan China-ASEAN ini anjuran Kementerian Luar Negeri Hal Ehwal, Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China dan Rakyat Kerajaan Wilayah Guizhou, telah menjadi platform penting bagi kerjasama pendidikan China-ASEAN dan pertukaran budaya.

CAECW 2023 komited untuk mempromosikan pertukaran dan kerjasama antarabangsa antara China dan negara-negara lain bagi merealisasikan kempen "Going-out and Bringing-in" pendidikan di China, di samping membangunkan pengantarabangsaan universiti serta memupuk bakat antarabangsa untuk pembangunan ekonomi dan sosial negara dan serantau. - KitaReporters/USIM 


 

 

16
9
0
12
0

Copy Link: