UNIVERSITI Multimedia (MMU) dan Nichcom Go Sdn Bhd memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik (EV) sebagai usaha meningkatkan infrastuktur bidang tersebut serta kemampanan alam sekitar negara.

Perjanjian berkenaan ditandatangani Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd. Su’ud, Presiden MMU, dan Nilson Chong Sin Hau, Pengasas serta Pengarah Nichcom di MMU Cyberjaya, baru-baru ini.

Prof. Mazliham berkata, kerjasama itu tepat pada masanya kerana seiring dengan gelombang digitalisasi dan automasi di seluruh dunia yang turut menyaksikan pembangunan drastik dalam sektor kenderaan elektrik (EV).

“Di MMU, kami komited untuk menyediakan persekitaran dinamik yang mendorong inovasi, penyelidikan, dan usaha keusahawanan dalam bidang EV," katanya pada majlis menandatangani MoU tersebut.



Menurutnya, MoU itu akan memperkasakan potensi pelajar dalam membangunkan inovatif bidang kenderaan elektrik, dan akhirnya membuka jalan untuk peluang untuk memupuk generasi usahawan pada masa akan datang.

MoU ini merangkumi dua bahagian penting, iaitu, bahagian pertama melibatkan kerjasama mengenal pasti potensi menubuhkan stesen cas EV di seluruh negara dan bahagian kedua ialah melaksanakan program meningkatkan kesedaran tentang EV kepada orang awam.

Nichcom Go adalah sebuah firma yang ditubuhkan oleh seorang alumni MMU, Nilson Chong, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal pada tahun 2012, dan kemudian Ijazah Sarjana Perniagaan pada tahun 2017. - KitaReporters/MMU

 

13
10
0
8
0

Copy Link: