Pensyarah-pensyarah Masscom bersama Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Prof Madya Dr Massila Hamzah (tiga dari kanan).


MASSCOM nama glamour bagi Fakulti komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM Shah Alam. Ramai yang lebih mengenali Masscom dari nama sebenar fakulti berkenaan. 

Bulan September 2022 ni Masscom genap usianya 50 tahun

Satu usia matang bagi seorang manusia tapi untuk sebuah institusi pendidikan, 50 tahun itu satu tempoh panjang, perjalanan sebuah institusi pengajian untuk melahirkan ramai cerdik pandai dan golongan profesional dalam bidang berkenaan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Masscom atau FPKM UiTM


Sejak 50 tahun lalu, Masscom telah mewarnai industri media negara dengan membekalkan graduan dari bidang-bidang pengkhususan seperti kewartawanan, penyiaran, perhubungan awam, periklanan, penerbitan dan beberapa kursus lagi yang ditawarkan di sana. 

Pelajar Masscom dan graduannya terkenal dengan semangat juang yang tinggi, kreatif dan sentiasa terbuka menerima perubahan dan cabaran baharu dunia media

Menurut Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Prof Madya Dr Massila Hamzah, sehingga kini lebih kurang 20 ribu graduan yang lahir dari fakulti ini. Graduan Masscom sangat versatile atau serba boleh, katanya.


Prof. Madya Dr Massila Hamzah


Dr Massila yakin graduan Masscom menjadi rebutan industri kerana mereka bukan sahaja menceburi bidang media malah bidang lain yang ada kaitan dengan komunikasi. 

Ada yang menjadi usahawan terkenal dan ada juga yang menceburi bidang yang lebih meluas seperti, guru, pensyarah, pengusaha restoren, pemilik rangkaian hotel, pelakon, pengarah filem, dan lain-lain. 

Dr Massila juga memberitahu, graduan Masscom jarang menganggur kerana mereka boleh sesuai dalam apa juga bidang yang mereka ceburi. Dunia pekerjaan bagi graduan Masscom sangat luas.

Dr Massila  menjelaskan FKPM menawarkan 9 kursus dalam pelbagai bidang komunikasi dan media pada peringkat Sarjana Muda, serta  turut menawarkan dua program Diploma iaitu Diploma Komunikasi dan Media serta Diploma Komunikasi Media Baharu, selain program peringkat Sarjana iaitu Sarjana Komunikasi Massa, Media dan Perang Saraf serta Kewartawanan

Selain itu, program peringkat Doktor Falsafah turut diperkenalkan iaitu Ijazah Doktor Falsafah Komunikasi Massa serta Media dan Perang Saraf.


Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shah Alam


Sementara itu Mantan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM),  Prof Dr Adnan Hashim yang juga Bekas Pengarah UiTM Kampus Lendu  Alor Gajah, Melaka telah berkhidmat dengan UiTM hampir 40 tahun. 

Beliau  emberitahu, dulunya fakulti ini dikenali sebagai Kajian Sebaran Am dan adalah antara pusat pendidikan komunikasi terawal di Malaysia dan menjadi perintis industri media sejak 1972

Mula beroperasi di Tingkat 13 dan 14 di Menara Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Kampus Induk UiTM Shah Alam. 

Menurut Prof Adnan lagi, Kajian Sebaran Am pada awal penubuhannya dalam tahun 1972 menawarkan tiga program iaitu Kewartawanan, Penyiaran dan Perhubungan Awam. Dalam tahun 1973, Periklanan diperkenalkan di Masscom dan Penerbitan pula mula menjadi salah satu pengkhususan Masscom dalam tahun 90-an. 

"Dengan pertambahan dan permintaan yang tinggi terhadap pengajian media dan komunikasi,  FKPM telah menambah empat program baharu iaitu Komunikasi Instruksional dan Latihan, Komunikasi Interpersonal, Pengurusan Komunikasi dan Polisi serta Komunikasi Media Baharu " Jelas Prof Adnan.


Profesor Dr Adnan Hashim


Harapan beliau sebagai orang lama di fakulti dan telah melihat banyak perubahan di Fakulti Masscom sejak hampir 40 tahun lalu ialah supaya fakulti terus cemerlang dan mempergiat pelbagai usaha untuk menyaingi kompetitor dalam bidang sama dari IPTA dan IPTS yang lain. 

Menurut Prof Adnan, ketika ini sudah ada sekitar 20 fakulti berkaitan komunikasi dan media di universiti-universiti Malaysia. 

Oleh itu beliau berharap segala tenaga harus digembeling agar Fakulti Massom sentiasa berada pada tingkatan paling atas berbanding dengan universiti-universiti lain di Malaysia. 

Usaha mendapatkan Fasiliti dan perkakas yang terkini dan terbaik harus menjadi keutamaan kerana bidang ini memerlukan peralatan yang terbaik dan canggih untuk  menyinar dan cemerlang dalam dunia media.

Beliau sangat berbangga dengan perkembangan terkini Fakulti Masscom, kerana ramai pensyarah muda yang berkelayakan PhD. Mereka turut melibatkan diri dalam "research & writing".  Selain itu, fakulti sangat aktif dalam khidmat masyarakat bersama pelajar. 

Semoga Fakulti masscom berjaya menyediakan pelajar untuk memenuhi kehendak industri yang makin dinamik serta pasaran pekerjaan yang sangat mencabar dewasa ini. 

Kemuncak sambutan 50 tahun Masscom akan diadakan di Hotel Aloft KL Sentral pada Sabtu, 24 September 2022 ini. 

Dijangka 500 tetamu yang terdiri dari Alumni Masscom, bekas bekas pensyarah, serta pensyarah Masscom yang masih berkhidmat dengan Fakulti akan hadir. Tema Forever Young dipilih sebagai tema majlis gilang gemilang ini. - KitaReporters


Gambar gambar nostaljia di Fakulti Masscom sejak 50 tahun lalu.

21
12
0
9
0

Copy Link: