Pembiayaan pendidikan RM1.5j! Untuk anak kariah Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya! Tawaran MMU!
Published byMultimedia University (MMU) menawarkan bantuan pembiayaan pendidikan kepada warga Cyberjaya bagi membantu para pelajar mendapat akses pendidikan digital dan teknologi maklumat untuk keperluan pembangunan negara.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima cek Bantuan Pembiayaan Pendidikan Anak Kariah Masjid Raja Haji Fisabilillah bernilai RM1,525,000 itu daripada Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud, Presiden pMMU ada Majlis Berbuka Puasa Raja Muda Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya.
Inisiatif
ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 200 anak-anak kariah Masjid Raja Haji
Fisabilillah di Cyberjaya yang mendaftar semasa pengambilan MMU 2026 pada peringkat
Asasi dan Sarjana Muda.
Prof. Mazliham berkata, bantuan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan MMU untuk menyokong pembangunan pendidikan dan kebajikan komuniti setempat.
"Dengan menyediakan akses kepada teknologi dan pendidikan yang berfokuskan digital, kami berharap dapat meringankan beban kewangan keluarga sambil menyediakan tenaga mahir muda untuk tuntutan masa depan," tambahnya.

Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima replica cek daripada Dr. Mazliham Mohd Su’ud pada Majlis Berbuka Puasa Raja Muda Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya pada 4 Mac 2026
Pemohon
untuk program Ijazah Sarjana Muda perlu mencapai PNGK sekurang-kurangnya 3.5
pada peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi, dan akan menerima pengurangan yuran
pengajian sebanyak 20% untuk semua program MMU kecuali Undang-undang.
Bagi
program Asasi pula, pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 9A
dan 8A akan menikmati yuran percuma manakala mereka yang memperoleh 7A dan 6A dalam
SPM akan menerima pengurangan yuran asas sebanyak 10%.
Pemohon mestilah beragama Islam dan disahkan secara rasmi sebagai ahli kariah Cyberjaya oleh badan yang diberi kuasa seperti Jawatankuasa Masjid atau Penghulu.
Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Unit Bursari MMU. - KitaReporters/MMU
