QSR Brands (M) Holdings Bhd (pengendali KFC, Pizza Hut, Ayamas dan Life) telah memberi sumbangan wang tunai kepada 100 orang pelajar asnaf UPM sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Pelajar UPM yang diadakan di Dewan Philip Kotler, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) UPM pada Rabu, 27 April 2022 bersamaan dengan 25 Ramadan 1443H. 

Majlis turut menyaksikan penyampaian replika Cek Agihan Bantuan QSR-SPE bernilai RM150,000 oleh Mohd. Khairul Izzad Mohammed Shamsuddin, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, QSR Brands (M) Holdings Bhd kepada Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM iaitu Profesor Madya Dr. Bany Ariffin Amin Noordin.

Majlis telah disaksikan oleh Senator Datuk Idris Ahmad, Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Perdana Menteri dan Profesor Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelajar-pelajar asnaf



QSR Brands juga turut menyumbang set makanan KFC sebagai salah satu sajian berbuka puasa di majlis itu. 

Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Pelajar UPM yang bertemakan “Mensyukuri Ramadan, Meraikan Aidilfitri” merupakan kesinambungan daripada program kerjasama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) dan QSR Brands (M) Holdings Bhd dalam program misi agihan bantuan dan pemindahan ilmu kepada komuniti terutama keluarga asnaf dan pelajar fakir dan miskin. 



Mengambil keberkatan Ramadan, majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar asnaf UPM dan bagi membolehkan pelajar asnaf menyambut Aidilfitri 2022 dengan penuh kesyukuran. 

Ini selari dengan hasrat dan fokus kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan sosial sebagai manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia, untuk menjaga kebajikan pelajar terutamanya asnaf. - KitaReporters


Kredit foto: FB Universiti Putra Malaysia

8
10
0
14
0

Copy Link: