PROGRAM Sentuhan Hati Komuniti Kuarters UPM dengan Tema “Hati Bersih, Jiwa Tenang” peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dianjurkan selepas dua tahun pandemik berlaku. 

Naib Canselor UPM, Dato Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berterima kasih kepada urusetia Jawatankuasa Perumahan Universiti dan Ahli Jawatankuasa Program khususnya, dan seluruh warga kuarters UPM atas komitmen yang diberikan bagi memastikan program ini dapat dijalankan sebagaimana yang dihasratkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti dan program silaturahim


“Saya dimaklumkan program ini adalah kali ketiga dan kesinambungan daripada program-program terdahulu untuk warga kuarters dan melibatkan semua penghuni kuarters di Ladang Satu, Kompleks Perumahan Universiti, Kuarters Pogamia, Kuarters Pusat Islam, Kuarters Ladang Puchong dan Kuarters Port Dickson bersama ahli keluarga.

“Program Sentuhan Hati Komuniti Kuarters UPM merupakan salah satu aktiviti rasmi komuniti kuarters bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan antara semua golongan yang tinggal di kuarters bersama ahli keluarga masing-masing.,” katanya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah berusaha gigih sejajar dengan komitmen kita untuk “Sederap Melangkah Menuju Al-Falah” iaitu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.

Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah berusaha gigih sejajar dengan komitmen kita untuk “Sederap Melangkah Menuju Al-Falah” iaitu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat. - KitaReporters/UPM

9
13
0
14
0

Copy Link: