Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Haim Hilman Abdullah ketika Bual Bicara Bersama TNCPI Gagasan Gemilang Akademia dan Admin Holistik UUM 2021-2025 (GAGAH UUM).


Staf Universiti Utara Malaysia (UUM) pada peringkat sokongan dan pentadbiran dijulang sebagai ‘Unsung Hero’ oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Haim Hilman Abdullah yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor ketika Perjumpaan bersama Kesatuan Kakitangan (KESKA) universiti pada 19 September 2021.

“Semasa saya melancarkan Gagasan Gemilang Akademia dan Admin Holistik UUM 2021-2025 (GAGAH UUM) juga saya telah bercakap dalam pelbagai platform antara initipatinya tidak mungkin ahli akademik mampu untuk mengangkat universiti ini setinggi mungkin tanpa sokongan padu daripada staf sokongan, pentadbiran dan akademia kerana kita semua bekerja dalam satu pasukan,’  ujar beliau ketika bercakap dalam pertemuan dengan ahli KESKA yang dibuat secara dalam talian.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM


Beliau berkata, GAGAH UUM merupakan satu tema untuk mengangkat warga universiti bersama-sama membina pasukan yang kuat berlandaskan Pelan Strategik UUM.

Katanya universiti ini telah membuktikan dengan keberanian untuk bersaing akhirnya berada dalam kalangan 511 terbaik di dunia.

Sesi yang diadakan ini memperlihatkan warga UUM bekerja dalam satu keluarga untuk institusi yang disayangi.

Oleh itu beliau berharap semua staf terutama sokongan dan pentadbiran akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dengan mematuhi disiplin dan bekerja dengan penuh integriti.


Sukarelawan UUM yang terlibat dengan PPV di kampus ini bergambar kenangan.


Staf dari Jabatan Keselamatan akan dipercepatkan pemberian pakaian seragam mereka.


Dalam pertemuan itu katanya pihak universiti juga tidak pernah lupa dan sentiasa menghargai tugas dan peranan staf terdahulu sejak tertubuhnya kampus ini sehingga sekarang.

Semasa sesi soal jawab bersama ahli KESKA beliau turut memberi keyakinan dan bersetuju untuk membawa beberapa perkara yang diketengahkan seperti menyegerakan pakaian seragam untuk petugas keselamatan, membincangkan mengenai status staf kontrak, tuntutan perubatan, penilaian prestasi, memanjangkan masa untuk pengisian CODSA, mempertimbangkan peluang kemasukan anak-anak ahli yang gagal mendapat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan pemberian vaksin kepada anak-anak staf UUM yang berumur 18 tahun ke bawah.

Di perjumpaan itu beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi RM1,000 kepada Presiden KESKA Ku Azmi Ku Ibrahim untuk menyalurkan sumbangan kepada ahli KESKA yang memerlukan bantuan. - KitaReporters


Prof Dr Haim Hilman Abdullah yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor (kiri) menyampaikan sumbangan peribadi RM1,000 kepada Ku Azmi Ku Ibrahim yang mewakili pihak KESKA UUM.


Presiden KESKA Ku Azmi Ku Ibrahim (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan food bank kepada staf KESKA yang terkesan dengan COVID-19.

7
11
0
10
0

Copy Link: