Video| Lain daripada lain! Yuran tadika tak pakai wang! Bayar pakai sampah! 2kg barang kitar semula!

Published by
KitaReporters
Untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan memerlukan bayaran berbentuk wang. Tidak banyak pihak yang sedia memberi perkhidmatan tanpa menerima upah berbentuk wang ringgit.

Di kota kosmapolitan Jakarta, Indonesia masih ada pihak yang memberi perkhidmatan tanpa meminta wang, sebaliknya diganti dengan benda lain. 




Pihak pengurusan sebuah tadika atau prasekolah atau disebut di Indonesia sebagai Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD) di kawasan padat penduduk di Kampung Pramuka, Koja, Jakarta Utara (Jakut) meminta ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka belajar di tadika itu membayar 2 kilogram barang kitar semula bagi setiap bulan untuk yuran pembelajaran atau Sumbangan Pembinaan Pendidikan (SPP).  




Sampah yang dikumpulkan terdiri daripada plastik, kadbod, minyak terpakai dan bahan terpakai lain, sebelum dihantar ke pusat kitar semula komuniti yang dikenali sebagai bank sampah.

Ia kemudian diproses menjadi produk seperti baja kompos, makanan haiwan dan bahan bakar biojisim. 

Hasil daripada proses kitar semula itu digunakan untuk menampung kos operasi tadika meliputi  termasuk bil elektrik, peralatan pembelajaran serta keperluan asas murid seperti alat tulis dan pakaian seragam.


 


Ibu bapa tadika itu adalah dari golongan kurang berada jadi yuran atau SPP yang ditetapkan itu dianggap munasabah. 

Bagi pihak pengurusan, bentuk yuran yang diperkenal itu adalah salah satu cara untuk mengajar masyarakat meliputi kanak-kanak menghargai barang terbuang. 

Ia masih boleh dijual semula dan mengurangkan pencemaran alam  sekitar. - KitaReporters


8
20
0
10
0

Copy Link: