Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain akan mengadakan lawatan kerja ke Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 6 Julai 2023.

Lawatan kerja dan perbincangan agenda pemerkasaan mahasiswa dan potensi kerjasama ini akan didahului dengan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UUM Prof Dr Mohd Foad Sakdan sebelum bertemu dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Kunjungan beliau juga diibaratkan "sireh pulang ke gagang" kerana beliau pernah menjadi pensyarah dan Felo di Kolej Kediaman UUM. 

Moga jalinan hubungan dan kerjasama yang akan dijalinkan ini memberi manfaat kepada kedua-dua universiti ini nanti.

Anak jati Melaka kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan yang mempunyai kepakaran dalam bidang politik dan kerajaan serta pengajian Islam dan demokrasi dilantik sebagai TNC HEPA UMT pada 19 Februari 2023. - KitaReporters


14
11
0
11
0

Copy Link: