Tolong kami! Bantu pelajar OKU sambung belajar! Nur Aina Najwa dapat 8A SPM tapi tiada dapat tawaran!
Published byWalaupun menghadapi kekangan masalah kesihatan, namun ia tidak mematahkan semangat seorang pelajar meraih kejayaan dengan mendapat 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Mac 2026.

Namun di
sebalik kekangan itu, Nur Aina Najwa Nazmi, 18, membuktikan ketabahan luar
biasa itu dengan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak kerana
kedua-dua belah kakinya seakan lumpuh dan tidak boleh berjalan.
Kegigihannya
belajar standing dengan pelajar lain membuktikan semangat kental meskipun
berhadapan dengan masalah kesihatan yang membelenggu dalam kehidupannya.
“Saya gagahi
untuk belajar sejak menghadapi masalah kesihatan ketika di tingkatan satu.
“Sepanjang sesi persekolahan, saya banyak bergantung kepada pembelajaran kendiri di rumah selain bantuan guru yang sentiasa memberi panduan,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Bahagian Bersatu Bagan Serai, Datuk Abdul Yunus Jamahri di Taman Lembah Beriah, Bukit Merah dekat Bagan Serai pada 29 April 2026.

Nur Aina
Najwa yang sekarang menjadi orang kurang upaya (OKU) mendapat sokongan daripada ahli keluarga tidak menyangka dapat meraih
kejayaan 8A walaupun dalam keadaan sakit.
Dia mendapat
semua A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (A-), Pendidikan
Islam (A), Sejarah (A-), Matematik (A), Sains (A), Geografi (A-), Tasawwur
Islam (A-)
Ditanya
mengenai masa depannya, pelajar pendidikan khas dari Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Gunung Semanggol itu mengakui terpaksa menangguhkan impiannya
untuk menyambung pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi mengikuti
jurusan Kecerdasan Buatan (AI) dan keselamatan siber demi memberi keutamaan
kepada rawatan dan pemulihan kesihatan.
“Saya juga belum
mendapat tawaran daripada mana-mana institusi pengajian tinggi,” kata anak
bongsu daripada empat adik beradik.
Sementara
itu, bapanya, Nazmi Samsudin, 58, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan
mengakui masih bimbang tentang keperluan kemudahan jika anaknya itu menyambung
pengajian kelak.
“Saya memang
berharap dia dapat sambung belajar kerana itu yang terbaik untuk masa depan
dia. Cuma saya risau dari segi kemudahan di universiti, sama ada sesuai dengan
keadaan dia atau tidak.
“Pergerakan anak saya memerlukan bantuan dan kalau ada universiti yang mempunyai kemudahan, barulah saya pertimbangkan untuk dia meneruskan pelajaran,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Bersatu Bagan Serai, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata,
kejayaan Nur Aina Najwa sewajarnya diberi perhatian kerana bukti pelajar orang
kurang upaya (OKU) juga mampu cemerlang.
“Walaupun
dalam keadaan serba kekurangan sebagai pelajar pendidikan khas, dia berjaya
mengharumkan nama keluarga dan sekolah,” ujarnya.
Beliau berharap
berharap pihak berkaitan dapat membuka ruang dan peluang untuk Nur Aina Najwa melanjutkan
pengajian, khususnya ke UiTM. - KitaReporters
