Seorang alumni dan seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menggungguli rancangan realiti Islamik Malaysia apabila merangkul gelaran juara dan tempat ketiga bagi program realiti Muazin (Kategori Bilal) 2023 terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd baru-baru ini.

Zainur Irsyadi Zainal, 28, merupakan alumni Program Sains Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina yang bergraduat pada tahun 2017. 

Penglibatan beliau dalam bidang seni suara bermula dengan didikan daripada ibunya yang merupakan seorang guru agama dan pertama kali melaungkan azan pada usia tujuh tahun di Masjid Qariah, Kampung Kuala Jempol, Negeri Sembilan. 

Pelbagai pencapaian dan pengalaman yang telah beliau perolehi sepanjang penglibatannya dalam bidang ini antaranya Naib Johan Tilawah Al-Quran Negeri Sembilan 2020, mewakili Malaysia ke Musabaqah Azan Antarabangsa di Riyadh 2022, Muazin Subuh RTM1 dan RTM2 serta Qari Tadarus Ramadan RTM1. 

Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000.00, tiga pakej umrah berserta trofi.



Sementara itu, meraih kedudukan ketiga dalam rancangan yang sama adalah ikon yang tidak asing lagi dalam dunia tilawah iaitu Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abdul Mohsin yang merupakan pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. 

Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.00 berserta trofi. 

Rancangan realiti yang berjaya mengangkat keindahan seni azan tidak lain adalah untuk meraikan kesenian dan kepentingan azan yang juga panggilan kepada umat Islam untuk mengerjakan solat dan para peserta dinilai berdasarkan kualiti suara, ketepatan nada, ekspresi, emosi dan keseluruhan persembahan. - KitaReporters/USIM


 

17
12
0
14
0

Copy Link: