Staf Inapan Siswa melakukan kerja-kerja untuk menyiapkan tempat penyerahan dan penyimpanan kunci bilik.

BAGI memastikan kunci bilik yang diserahkan kepada pelajar dalam keadaan baik dan selamat, staf Inapan Siswa (Inasis) MAS dan TNB dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyediakan laporan bagi usaha penambaikannya atau disebuat sebagai Kaizen.

Tarikh perlaksanaan usaha ini dimulakan pada 3 Julai 2022 dan berakhir pada 8 Ogos 2022 di kawasan Inasis ini.

Hasil daripada pelaksanaannya beberapa keputusan dicapai setelah analisis faedah pembiayaan meliputi penjimatan daripada kos yang dijalankan.

Manakala manfaat daripada projek ini juga proses penyerahan dan penyimpanan kunci dapat berjalan dengan lancar serta menjimatkan masa.

Dalam pada itu kos yang digunakan juga amat kecil kerana menggunakan bahan terpakai daripada sisa buangan yang telah diubah suai oleh staf di inasis ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan inovasi

Pandangan hadapan dan dalam tempat penyerahan kunci bilik di Inapan Siswa MAS / TNB UUM.


Penyelia kanan asrama, Md Zaini Hamidon yang mengetuai projek ini berkata, proses menyelenggarakan Malten DIO Keydrop ini pada peringkat awal dikenal pasti akibat kunci bilik yang bercampur mengikut blok dan paras.

“Keadaan tempat keydrop yang terletak di luar pejabat dan tidak selamat juga mendatangkan kegelisahan kerana akan menyebabkan kehilangan kunci akibat mudah dipecahkan keydrop yang terletak di luar pejabat,” katanya.

Proses lain yang mendatangkan pemasalahan selain daripada kos yang agak mahal sebelum ini ialah kerana menggunakan bahan daripada aluminium.

Gerak kerja staf juga mengambil masa yang agak lama untuk menyusun kunci mengikut blok dan paras.

Hasil daripada kajian pemasalahan ini maka penerangan dan penyelesaian dilakukan untuk mengubah dan melakukan penambaikan dalam projek yang diperkenal ini.

Dengan pelaksanaan ini proses mengumpul kunci diserahkan oleh pelajar mengikut blok dan keselamatan kunci juga terkawal disebabkan berada di dalam lokasi pejabat.


Bahan-bahan terbuang digunakan untuk menyiapkan projek yang dijalankan ini.


Md Zaini menambah melalui projek ini masa juga dapat dijimatkan kerana staf hanya perlu menyusun kunci mengikut blok kerana kunci telah diserahkan mengikut blok.

Hasil daripadanya seperti yang tertera dalam gambar menunjukkan saluran kunci telah dilabelkan mengikut blok dan kunci-kunci yang dipulangkan juga selamat kerana berada dalam lokasi pejabat.

Projek ini selain daripada membantu pihak pentadbir inasis dilihat melatih pelajar untuk peka dengan bertanggungjawab semasa penyerahan kunci.

Projek yang  diterajui Staf Inasis MAS/TNB UUM iaitu Md Zaini Hamidon, Sapirun Samsudin, Mohammad Fazil Abdul Kadir dan staf-staf lain ini turut diiktiraf apabila diumumkan sebagai pemenang pertama harta intelek dan inovasi sempena Anugerah Hal Ehwal Pelajar (HEPA)  2022.

Inovasi ini telah dicadangkan oleh Pengetua Inasis MAS/TNB UUM Prof Madya Dr Rohani Abdullah bagi memenuhi keperluan Kaizen dalam audit 5S. - KitaReporters/UUM


Tempat meletakkan kunci lebih tersusun dan selamat.

 

11
15
0
10
0

Copy Link: