SERAMAI 40 pelajar Kolej Tujuh Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan 12 orang felow pelajar telah membersihkan beberapa kawasan haiwan di Zoo Negara pada 9 Jun 2022 lalu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Zoo Negara



Pengetua Kolej Tujuh Belas, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni berkata program ‘K17 Zoolunteering’ ialah aktiviti kesukarelawan untuk mengecat pagar, menyapu kawasan kandang haiwan dan membersihkan kawasan akuarium.

“Melalui program ini, para pelajar dapat mempelajari mengenai haiwan dengan lebih dekat dan diberi tunjuk ajar mengenai pengendalian haiwan dari segi keselamatan, kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan haiwan,” katanya dalam satu kenyataan pada 10 Jun 2022.



Sementara itu, Pengarah Program tersebut, Muhammad Firdauz Mhd Razali berharap program itu memberi pengalaman yang baharu kepada sukarelawan, memupuk nilai kemanusiaan dan tanggungjawab mengenai hidupan liar dan alam sekitar.

Menurutnya, dalam kenyataan yang sama, ‘K17 Zoolunteering’ yang berlangsung dari pukul 7.00 pagi sehingga 4.30 petang itu dianjurkan oleh Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas sesi 2021/2022. - KitaReporters



15
9
0
7
0

Copy Link: