UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) meraikan 2,878 graduan dalam istiadat Konvokesyen Ke-18 (Siri Kedua) dalam suasana meriah walaupun dalam situasi norma baharu.

Konvokesyen Siri Kedua ini diadakan secara fizikal sepenuhnya dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Majlis Konvokesyen yang bermula pada 6 hingga 13 Disember 2021 membabitkan tujuh sidang iaitu sesi pagi sahaja bagi memberi ruang kerja-kerja sanitasi dijalankan pada sebelah petang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UMT


Tan Sri Samsudin Osman menyampaikan ijazah kepada seorang mahasiswa. - Kredit foto: Media UMT


Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman menzahirkan rasa bangga terhadap para graduan kerana telah berjaya melepasi satu fasa dalam penerokaan ilmu walaupun bergelut dengan tekanan pandemik Covid-19. 

“Tahniah dan syabas juga kepada pihak pengurusan UMT yang sentiasa memastikan kualiti akademik serta komited dalam memacu pendidikan negara yang berkesan terutama dalam situasi sekarang.

"Semua warga UMT Cemerlang diharap dapat sama-sama berganding bahu dalam melonjakkan dan memperkasa lagi citra UMT bagi memastikan terus unggul dalam arena pendidikan dan penyelidikan, sekali gus menyumbang kepada komuniti serta negara," katanya ketika berucap pada majlis itu pada sesi Isnin, 6 Disember 2021.


Sebahagian penerima Ijazah Sarjana Muda hadir pada Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-18.


Sementara itu, Naib Canselor UMT, Profesor Dr Mazlan Abd Ghaffar dalam ucapannya berkata ancaman daripada wabak Covid-19 ini telah mengubah norma kehidupan termasuklah lanskap sistem pendidikan negara. 

"Senario pendemik ini memberi hikmah untuk kita sama-sama bangkit dari zon selesa dan bertindak untuk sentiasa releven dengan situasi semasa khususnya dalam survival kehidupan era digitalisasi. 

"Para graduan perlu bersedia dan cekal untuk menghadapi realiti dunia pekerjaan yang sangat mencabar serta perlu beradaptasi dengan situasi semasa, fleksibel dan mengenal pasti kemahiran-kemahiran baharu yang diperlukan majikan. 

“Selain itu, para graduan perlu berani meneroka bidang perniagaan yang terbuka luas dan menjanjikan peluang pendapatan tanpa had serta sikap integriti dan berilmu yang merupakan gagasan universiti yang sangat penting," katanya.

Katanya lagi, UMT sentiasa prihatin untuk memenuhi keperluan para pelajar.  Pelbagai usaha telah ditingkatkan bagi memastikan sumber intelektual dan fizikal di UMT digerakkan untuk membantu para pelajar.

"Pada tahun 2021 ini, Bantuan Kebajikan Prihatin Pelajar telah disalurkan sejumlah RM550,000 merangkumi bantuan komputer riba, elaun sukarelawan, subsidi penginapan pelajar, swab test dan sebagainya. 

"Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para pelajar untuk meneruskan pembelajaran dengan lebih selesa dan lancar.

"Pada Konvokesyen kali ini juga UMT turut mengagihkan pelitup muka kepada semua graduan sebagai tanda penghargaan dan sokongan UMT kepada mereka," ujarnya.


 Graduan sulung Program Sarjana Teknologi Maklumat dan Sains Komputer bersama ijazah masing-masing


Turut diraikan dalam konvokesyen tersebut adalah graduan sulung bagi Program Sarjana Teknologi Maklumat dan Sains Komputer termasuk tujuh rakan sekerja di Pusat Ekosistem Digital, UMT yang bertugas sebagai pegawai teknologi maklumat dan juga penolong pegawai teknologi maklumat.

Mereka ialah Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab, 43; Ahmad Nazir Haron, 43; dan Abdul Rahim Abu Bakar, 39, yang menerima Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat.

Manakala empat yang lain merupakan penerima Ijazah Sarjana Sains Komputer iaitu Tajul Arifin Abd. Manan, 45; Mohamad Jazli Shafizan Jaafar, 44; Nordin Abd. Rasid, 38; dan Mohd. Erman Safawie Che Ibrahim, 32.

Konvokesyen kali  ini juga turut mengurniakan ijazah kepada 2,878 graduan yang terdiri daripada 52 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 152 penerima Ijazah Sarjana, 2,559 penerima Ijazah Sarjana Muda dan 115 penerima Diploma.

Konvokesyen ke-18 siri pertama yang diadakan pada 27 Mac 2021 secara hibrid turut mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Teknologi kepada Laksamana Pertama (Bersara) Dato’ Ir. Haji Ahmad Murad Haji Omar dan anugerah Profesor Emeritus kepada Profesor Emeritus Ir. Dr. Ahmad Jusoh. - KitaReporters


Tujuh sekawan merakam kenangan bersama dekan.

8
19
0
13
0

Copy Link: