Keterujaan 42 pelajar Kolej Genius Insan (KGI) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 jelas tergambar apabila masing-masing memperolehi keputusan yang cemerlang pada 17 Jun 2022. 

Pelajar SPM 2021 ini merupakan calon SPM yang berdepan dengan cabaran dari segi pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.

Seramai empat orang pelajar memperoleh keputusan 11A, lapan pelajar (10A), Sembilan pelajar (9A). Manakala lima pelajar masing-masing peroleh (8A) dan (7A), tiga pelajar peroleh (6A). Sementara itu, dua pelajar masing-masing peroleh (5A) (4A) dan (3A) dan seorang pelajar peroleh (2A).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peperiksaan SPM


Pengurusan masa yang baik serta mengulang kaji pelajaran bagi subjek yang lebih kritikal antara tip yang dikongsikan oleh Muhammad Zaim Mohamad Shukri, 19, berasal dari Jitra, Kedah yang merupakan Pelajar Cemerlang SPM 2021 yang peroleh 11A+ di KGI. 

Anak keempat dari enam beradik ini merupakan Yang Di-Pertua Majlis Kepimpinan Pelajar untuk tempoh tiga tahun berturut-turut. Tanggungjawab yang digalas tidak menghalang beliau untuk aktif dalam persatuan dan kelab.  

Zaim juga merupakan Pengerusi Kor Kadet Polis, peserta Sakura Science Exchange Programme di Jepun, peserta Insan Junior Researchers International Conferences dan terlibat dengan beberapa pertandingan robotik peringkat kebangsaan.

“Saya bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan, dan sekiranya mendapat tajaan saya berhasrat untuk sambung pengajian di United Kingdom atau Jepun,” ujarnya lagi. 



Manakala bagi pasangan kembar Nurul Fatihana Abdul Rahman dan Nurul Fatiha Abdul Rahman berasal dari Seremban melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diperolehi. Anak kedua dan ketiga dari tiga adik beradik ini masing-masing perolehi keputusan 8A dan 10A. 

“Cabaran mengharungi sesi PdP ketika pandemik, belajar secara video call serta menjalani kuarantin dua minggu sebelum peperiksaan SPM bermula antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kami bersyukur dengan keputusan yang diperolehi hari ini".



Sementara itu, Dr Hayati Ismail Pengarah KGI mengucapkan tahniah kepada para pelajar, ibu bapa dan tenaga pengajar atas pencapaian yang cemerlang dan usaha yang dilakukan sepanjang menjalani PdP yang mencabar sepanjang pandemik Covid-19. 

"Saya harapkan anak-anak KGI ini dapat menerapkan dan mempraktikkan pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli di mana sahaja mereka berada". - KitaReporters


13
7
0
16
0

Copy Link: