Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu bekerjasama menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Komunikasi Ketiga (ICMC 2023).

Persidangan bertemakan "Memperkukuh Tadbir Urus, Meningkatkan Integriti dan Mengemudi Komunikasi untuk Pertumbuhan Berdaya Tahan Masa Hadapan," ini dirasmikan oleh Timbalan SUK Terengganu (Pembangunan), Dato’ Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak di Raia Hotel, Kuala Terengganu pada 1 Mac 2023.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUMKL

Peserta dari luar negara turut menyertai persidangan ini secara online.


Beliau dalam ucapan perasmiannya berharap program ini akan menjadi batu loncatan kepada agenda pembangunan pendidikan berimpak tinggi di negeri ini.

Katanya, persidangan penting yang dirangka dengan baik ini seiring dengan hasrat untuk mengangkat wacana akademik dalam menangani isu-isu yang berkaitan.

“Oleh itu saya berharap semua peserta dan penceramah yang menyertai ICMC 2023 ini dapat memainkan peranan untuk menangani isu-isu berkaitan yang bertepatan dengan tema persidangan kali ke-tiga yang dianjurkan ini,” ujarnya lagi.


Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak (tiga dari kiri) menerima cenderamata daripada Dr Shahimi Mohtar.


Dalam pada itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM, Prof Dr Shahimi Mohtar berkata, penganjuran persidangan ini selaras dengan hasrat dan peranan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyebarkan ilmu dan pemikiran yang matang termasuk bukan sekadar menjadi juara dalam penarafan atau pengkomersialan pendidikan malah perlu memperhalusi peranan sebenar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Bagi membuktikan semangat kebersamaan itu kerajaan negeri bersama wakil IPTA dan agensi KPT seperti UUM hari ini membuktikan kesinambungan pendidikan masyarakat dan kemakmuran negeri perlu untuk keutuhan bersama,” ujar beliau dalam ucapan aluannya.

UUMKL telah memilih Terengganu kerana negeri ini sentiasa menjadi tarikan pelancong dengan hamparan pantai yang indah dan dikelilingi pulau-pulau yang menakjubkan serta mempunyai banyak tapak bersejarahnya yang memberikan gambaran bertapa istimewanya negeri di pantai timur Malaysia ini. 

Moga perkongsian kepakaran antara kedua pihak ini akan terus menjadi kebangaan negara sebagai sebuah negara berprestasi tinggi, bersama-sama dengan aspirasi "Malaysia Madani". - KitaReporters


Peserta Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Komunikasi Ketiga (ICMC 2023) bergambar kenangan. 

9
15
0
8
0

Copy Link: