Buat julung kali Alumni Tindakan Siswa Bersatu (TSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UKM akan menganjurkan Majlis Perjumpaan Semula (Reunion) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 9 April 2026 ini bertempat di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh UKM, Bangi.



Menurut Dato Mohamad Rais Zainuddin, Pengerusi Majlis Perjumpaan Semula (Reunion) TSB UKM, pihak menganjur menjangkakan 1,000 alumni TSB dari seluruh negara akan hadir memeriahkan majlis tersebut.

"Objektif majlis tersebut untuk menghimpunkan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan alumni TSB yang dibentuk lebih 50 tahun.

"Di samping itu, sebagai menghargai jasa UKM kepada alumni TSB sebahagian hasil kutipan akan disumbangkan kepada tabung kebajikan pelajar universiti itu," katanya.


Mohamad Rais Zainuddin


Tindakan Siswa Bersatu merupakan platform gerakan pelajar aliran nasionalisme sejak 1970-an yang berjuang untuk kebajikan khususnya mahasiswa Melayu di universiti itu.

Majlis tersebut turut mendapat sokongan daripada IWealth Global Sdn Bhd, pengeluar produk jenama Rollti yang akan menaja dalam bentuk cenderamata.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100 seorang. 

Alumni yang berminat untuk menyertai atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Datuk Azman Adnan pada talian 019-7702900 atau Zainal Mesran pada talian 017-6840007. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
12
0
14
0

Copy Link: