Selut yang sebelum ini sering dianggap sebagai sisa industri kini mampu ditransformasi menjadi 'emas hitam' yang bernilai tinggi.


Inilah selut atau lumpur yang telah berjaya ditukar kepada tiub nano karbon bernilai tinggi.


Selama ini selut atau lumpur sering dipandang enteng sebagai sisa industri yang kotor, berbau dan tidak mempunyai nilai pasaran.

Kini lambakan selut daripada proses rawatan air bawah tanah menjadi isu kerana memerlukan kos pengurusan yang tinggi berkaitan sifatnya yang sukar diproses secara konvensional.

Inisiatif yang diambil oleh penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Faizuan Abdullah melalui penghasilan Tiub Nano Karbon (CNT) mendapati proses ini sememangnya memberi impak yang positif

Menerusi proses inovatif yang dipatenkan, selut diproses sebagai pemangkin semula jadi bagi menghasilkan serbuk CNT yang berkualiti premium.


Dr. Faizuan Abdullah membuktikan bahawa selut boleh ditransformasi menjadi 'emas hitam'.

Melalui proses ini, kos penghasilannya lima kali ganda lebih rendah berbanding dengan harga pasaran global, sekali gus membuka peluang besar dalam industri teknologi bernilai tinggi.

Malah lebih membanggakan produk ini turut menerima pensijilan Nano Verify (Pengesahan Nano) dan membuktikan kualitinya adalah setanding dengan produk import.

Proses penghasilan ini memerlukan pengeringan selut, peningkatan tahap pemangkin utama dan kemudian dimasukkan ke dalam relau untuk menghasilkan serbuk berkualiti tinggi.


Dr Faizuan Abdullah berjaya mentransformasikan selut kepada CNT bernilai tinggi.

Daripada sisa kepada khazanah inilah bukti kehebatan kepakaran tempatan dalam mencipta  mencipta impak global.

Dengan potensi pasaran global yang mencecah berbilion-bilion dolar, inovasi ini bukan sahaja mengangkat nilai sisa industri, malah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain teknologi masa hadapan. - KitaReporters

7
12
0
13
0

Copy Link: