MALAYSIAN Medical Relief Society atau Mercy Malaysia menerima anugerah Ibn Khaldun Merit Award for Global Social Transformation (Anugerah Kecemerlangan Ibn Khaldun untuk Transformasi Sosial Sedunia) di mana anugerah ini diberikan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak menyumbang kepada masyarakat.

Majlis penganugerahan tersebut diberikan Ketika siding pertama Majlis Pembukaan Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berlangsung di Kampus Gombak yang disampaikan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UIAM

DR. Ahmad Faizal Perdaus menerima anugerah tersebut daripada Dr. Mohd Daud Bakar. - Kredit foto: Sumber UIAM

Anugerah yang diberikan ialah bagi menghargai jasa-jasa dan kerja-kerja amal yang dilakukan merentasi sempadan dalam menyampaikan bantuan-bantuan dan khidmat bakti di dalam dan di luar negara.

Menurut Presiden Mercy Malaysia, Dato’ Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus ketika menyampaikan ucapan penerimaan, beliau berkata anugerah yang diterima itu ialah untuk semua para sukarelawan yang banyak menabur jasa dalam membantu komuniti dunia yang dilanda bermacam musibah.

“Anugerah ini saya juga panjangkan kepada para sukarelawan yang tidak berhenti menabur budi dan bakti demi kemanusiaan dan anugerah ini juga adalah sebagai salah satu pendorong untuk Mercy Malaysia untuk terus membantu masyarakat dunia.

"Ini juga sebagai salah satu faktor penyumbang juga untuk Mercy Malaysia terus bekerjasama dengan UIAM dalam pelbagai bidang,” katanya.

Antara penerima sebelum ini ialah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Barisan Hadapan Keselamatan & Perubatan yang penerimanya diwakili Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.


DR. AHMAD FAIZAL MOHD PERDAUS


Pada majlis konvokesyen ke-36 ini seramai 5,619 orang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menerima skrol mereka dalam pelbagai bidang pada peringkat Sarjana, Master dan Ijazah yang meliputi 17 Kulliyyah di UIAM.

Majlis konvokesyen ini berlangsung selama lapan hari dan sebanyak 16 sesi sidang konvokesyen berlangsung dari 12 hingga 20 Mac 2022 lalu di Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak. Pembukaan Majlis Konvokesyen ke-36 dan 37 ini dirasmikan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.

Majlis konvokesyen ke-36 yang berlangsung ini adalah untuk para graduan yang tamat pengajian mereka pada tahun 2020. Akibat daripada penularan Covid-19 pada tahun tersebut serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, majlis konvokesyen pada tahun tersebut tidak dapat dijalankan.

Penganjuran majlis konvokesyen kali ini dianjurkan dengan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). - KitaReporters



Kredit foto-foto: Sumber UIAM

11
7
0
17
0

Copy Link: