BERSEMPENA pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan pada 16 Jun 2022, Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menyantuni 10 buah sekolah terpilih dengan membuka reruai pameran program pengajian yang disertai beberapa Fakulti dan Pusat Tamhidi USIM. 

Menurut Pengarah PPKP, Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin berkata, program promosi ini diadakan bagi mendekatkan lagi para pelajar dan ibu bapa untuk mendapatkan konsultansi dan maklumat yang tepat mengenai program pengajian yang ditawarkan oleh USIM serta membolehkan para pelajar membuat semakan syarat kemasukan ke program pengajian yang mereka minati.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus USIM


“Saya sangat berterima kasih kepada Pusat Tamhidi, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan Fakulti Syariah dan Undang-Undang yang telah sudi membantu pasukan promosi di PPKP untuk sertai reruai pameran pendidikan dan program pengajian di sekolah-sekolah“. 

“Program sebegini juga sebenarnya dapat meningkatkan keterlihatan USIM dan merapatkan ukhuwah antara pihak sekolah dan kaunselor bersama USIM,” ujarnya lagi.

Antara sekolah yang dipilih pada kali ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka, Sekolah Menengah Agama Nilai, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Maahad Hamidiah Kajang, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Rahimah Klang, Sekolah Menengah Agama Majlis Islam Wilayah Persekutuan, Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz dan Kolej Genius Insan USIM. 



USIM menawarkan empat program pengajian di peringkat Tamhidi iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-Undang, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains, serta Tamhidi Sains, Fizikal dan Teknologi

Para pelajar boleh membuat permohonan kemasukan ke Tamhidi (Asasi) USIM melalui UPUOnline yang akan tamat pada 28 Jun 2022 ini. - KitaReporters


6
11
0
13
0

Copy Link: