WALAUPUN meraih Naib Johan Pertandingan Debat Antirasuah IPT bagi merebut Piala Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2021, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kuala Terengganu tetap bangga apabila pe debatnya, Muhammad Zulzarif Mohd Zakuan muncul sebagai pendebat terbaik pada pertandingan akhir program tersebut.

Pada pertandingan akhir yang berlangsung di  Auditorium SPRM, Putrajaya secara dalam hybrid itu pada 27 Oktober 2021 peserta dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai johan selepas berjaya mengalahkan pasukan UniSZA. 


Lagi kisah menarik berkaitan kecemerlangan di Institusi Pengajian Tinggi


 Pendebat Terbaik Muhammad Zulzarif Mohd Zakuan (kiri) dari UniSZA menerima replika cek daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki. - Gambar kredit: Facebook UniSZA.



Debat yang bertajuk "Dewan Ini Percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wajar Diletakkan Di Bawah Parlimen" disertai 40 pasukan mewakili 26 buah institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara. 

UniSZA yang bertindak selaku pihak kerajaan mengemukakan lima orang pendebat iaitu Muhammad Zulzarif Mohd Zakuan, Nasrul Nazhan Norazman, Muhammad Izzat Azfar Amirawa dan Nur Syahirah  Jamaludin




Pertandingan tersebut adalah anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Pada pusingan awal, pasukan UniSZA telah menang 4 daripada 5 sidang. Rentak kecemerlangan itu diteruskan pada peringkat pada suku dan separuh akhir.



Pertandingan Akhir yang bertempat di Auditorium SPRM menyaksikan UniSZA menentang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Setelah persaingan yang sengit, UniSZA terpaksa akur dengan keputusan memihak kepada USIM dengan juri sengit, 5-4. 

Namun gelaran Pendebat Terbaik Pusingan Akhir diberikan kepada pendebat UniSZA,  Muhammad Zulzarif Mohd Zakuan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki merasmikan penutupan pertandingan tersebut dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.

Pertandingan tersebut turut disiarkan dalam semua rangkaian media sosial. - KitaReporters


11
18
1
11
1

Copy Link: