Prof Dr Haim Hilman Abdullah berucap merasmikan Bengkel Semakan Prestasi Pelan Strategik UUM 2022.


SERAMAI 160 peserta menyertai Bengkel Semakan Prestasi Pelan Strategik UUM 2022 yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, di EDC-UUM pada 8 Ogos 2022 di Hotel EDC UUM, Sintok.

Beliau dalam ucapannya berkata, bengkel ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan agar universiti ini sentiasa berada di landasan yang tepat dengan penyertaaan daripada semua peringkat kepimpinan bagi menetapkan UUM terus melonjakkan pencapaian prestasi universiti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UUM



Peserta bengkel mendengar ucapan perasmian Prof Dr Haim Hilman.

“Saya yakin dan percaya dengan penglibatan dan penyertaan daripada pelbagai peringkat iaitu ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, merangkap ahli Jawatankuasa Teras, Dekan-dekan, Timbalan-timbalan Dekan, Pegawai-pegawai Tadbir Pusat Pengajian dan Pusat Tanggungjawab ini akan memacu kampus ini ke arah pencapaian yang lebih gemilang nanti,” ujar beliau lagi.

Haim Hilman menambah universiti ini bukan sahaja mampu cemerlang dari segi pencapaiannya tetapi dengan jiwa perjuangan dalam kalangan staf yang bekerja di sini juga pasti UUM akan menjadi kebanggaan agama, bangsa dan negara.



Peserta berbincang dalam bengkel yang diadakan itu

Bengkel selama dua hari ini dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Perancangan Korporat dan Pejabat Pengurusan Risiko

Moga penelitian semula indikator-indikator yang telah dirangka bagi Pelan Strategik UUM Fasa III ini melalui perkongsian pandangan dan cadangan baharu daripada pakar-pakar yang ada dalam kalangan semua peserta bengkel ini dapat mengangkat nama UUM di persada dunia nanti.

Antara isu utama diketengahkan dalam bengkel ini adalah untuk perhalusi secara serius berkenaan reputasi akademik, reputasi majikan, penerbitan dan sitasi

Faktor-faktor ini merupakan pendorong terbesar kepada markah ranking bagi QS dan THE apabila ia menyumbang kepada 70% daripada markah keseluruhan ranking itu sendiri manakala bagi subject rankings QS pula, 100% markah adalah meliputi indikator ini. - KitaReporters/UUM


Barisan kepimpinan bersama Prof Dr Haim Hilman.


Perbincangan mengenai bidang akademik.

11
14
0
15
0

Copy Link: