Program Kerja Sosial Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Kali Kedua (PESAN 2) pada 13 dan 14 September 2023 di Dewan Intelek, Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah persidangan Prof Madya Dr Rajwani Md Zain berkata, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Prof Dr Azlinda Azman dan Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Dato’ Seri Dr Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed adalah pengucap utama persidangan yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu.


Prof Dr Azlinda Azman.

Dr Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed.

Katanya, Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan akan menyampaikan ucapan aluan pada persidangan yang bertemakan Kerja Sosial Mendepani Dunia Ekososial Baharu itu yang akan disertai oleh kumpulan panel yang terdiri daripada ahli akademik, pengamal profesion bantuan dan pengiat NGO. 


Aiman Athirah Sabu 


Prof Dr Mohd Foad Sakdan.


Manakala panel yang turut menjayakan persidangan ini ialah Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Dr. Norli Abdul Jabbar; Pengerusi Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Husin; dan Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisis, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal.

Dr Rajwani menambah majlis penutupan persidangan dua hari yang melibatkan lebih 150 peserta ini akan disempurnakan oleh Pengarah Institut Sosial Malaysia, Dr Faridah Awang. - KitaReporters


Dr Rajwani Md Zain

 

 

7
12
0
13
0

Copy Link: