Prof Dr Mohd Foad Sakdan (dua dari kiri) dan Prof. Ganefri, PhD menandatangani MoU.


Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia mengadakan perbincangan mengenai kerjasama untuk penawaran program ijazah berkembar di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM).

“Moga penawaran program itu nanti akan memberi faedah kepada kedua-dua institusi ini,” ujar Naib Canselor UUM, Prof Dr. Mohd Fo'ad Sakdan dalam ucapannya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dengan UNP pada 2 November 2023.

Katanya, dalam mengurus sebuah institusi pendidikan dalam era Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) yang mencabar ini, Universiti perlu terus bersaing dalam apa juga keadaan.



Prof Dr. Mohd Fo'ad (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Prof. Ganefri, PhD.


Namun dengan berkat usaha tanpa jemu dan kegigihan warga UUM, kini universiti ini telah berjaya menerima pelbagai akreditasi antaranya AACSB, AMBA, ABEST21, Beta Gamma Sigma, dan yang turut membanggakan ialah enam program akademik UUM juga telah mendapat pengiktirafan daripada ASEAN University Network-Quality Assurance (AUN-QA).

MoU antara UUM dengan UNP ini ditandatangani Prof Dr Mohd Foad dan Rektor UNP ialah Prof. Ganefri, PhD.

Kerjasama antara dua universiti ini yang menjangkau lebih 10 tahun telah memberi banyak manfaat melalui pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan seperti penawaran program Ijazah berkembar antara Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Muda Ekonomi, mobiliti pelajar dan juga tenaga pengajar dantara kedua-dua pihak.


Delegasi UUM dan UNP bergambar kenangan selepas MoU.

Moga kerjasama yang terjalin ini dapat diperkukuh dari semasa ke semasa agar dapat meningkatkan nilai tambah dalam keupayaan pengurusan dan graduan nanti.

Dr. Mohd Fo'ad menambah, universiti ini komited untuk membantu rakan-rakan memperolehi akreditasi yang bersesuaian agar dapat bergerak maju ke hadapan dalam dunia yang cukup dinamik serta cabaran yang sukar diramal ini.

“Kami di UUM amnya dan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan khususnya, komitmen dan iltizam untuk terus membuka ruang kolaborasi akademik dan bukan akademik dengan semua pihak yang berminat untuk kebaikan semua selaras dengan hasrat pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang ingin melahirkan warganegara yang pengetahuan tinggi," sambung beliau lagi. - KitaReporters


Delegasi UNP bergambar di Galeri Foyer Canselori.

11
10
0
12
0

Copy Link: