Intan Syahrina Zainal Abidin menandatangani buku pelawat.


Prof Dr Mohd Foad Sakdan mengalu-alukan kunjungan pegawai dari Seksyen Dasar Dan Penyelidikan, BHEUU, JPM ke UUM.


Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima surat pemakluman pemberian peruntukan geran penyelidikan bagi menjalankan kajian berhubung kewajaran penggubalan akta pembelaan awam di Malaysia daripada Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kajian yang akan dijalankan ini telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di Parlimen sebelum ini. 

Surat lantikan dan pemakluman geran kajian itu disampaikan oleh Pengarah Seksyen Dasar Dan Penyelidikan, BHEUU, JPM, Intan Syahrina Zainal Abidin kepada Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan.


Prof Dr Mohd Foad Sakdan mempengerusikan mesyuarat dengan pegawai Seksyen Dasar Dan Penyelidikan, BHEUU, JPM. 


Beliau yang ditemui selepas majlis itu memaklumkan surat penawaran kajian yang disampaikan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan input dan memberikan cadangan kepada kerajaan kewajaran berkaitan keperluan akta baharu ini.

Kajian tersebut diketuai Prof Madya Dr Yusramizza Md Isa @ Yusuff yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Akta Pembelaan Awam yang telah dilantik oleh kerajaan Malaysia sebelum ini. 

Beliau juga adalah Felo Penyelidik Asian Research Centre for Corporate Governance (ARICG) dan pensyarah Pusat Pengajian Undang-Undang, UUM.

Penyelidik-penyelidik lain adalah terdiri daripada 18 penyelidik-penyelidik fakulti undang-undang di UM, UUM, UKM, UITM, UIAM, UNISZA, USIM dan MMU.

“Selepas kajian dilaksanakan nanti pihaknya akan membuat perbandingan selain daripada memilih model apakah yang sesuai dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya lagi.


Intan Syahrina Zainal Abidin menerima cenderamata daripada Prof Dr Mohd Foad Sakdan. 


Terdahulu Prof Dr Mohd Foad mengalu-alukan kunjungan mereka ke universiti ini dan berharap dengan kerjasama yang termeterai ini akan menjadi nilai tambah kepada penyelidik di universiti ini.

“Dengan peruntukan pengurusan kewangan yang diterima daripada geran ini diharap memudahkan proses penyelidikan yang akan dilakukan oleh kalangan pensyarah UUM nanti,” sambung beliau lagi.

Dr Mohd Foad yakin para penyelidik yg akan membuat perancangan yang teliti dan akan menyiapkannya dalam tempoh empat bulan nanti.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail; Pengarah ARICG, Prof Dr Nor Afza Amran;  Pengarah RIMC UUM, Prof Madya Dr  Idayu Mamat; Azril Wanchik BHEUU; dan Prof Madya Dr Yuhanif Yusof. - KitaReporters


12
17
0
12
0

Copy Link: