Pasukan Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh Perak (PCAA @ KKCP) telah mencatatkan sejarah gemilang apabila merangkul sejumlah 14 anugerah dalam kejohanan kulinari antarabangsa, Vietnam Culinary Challenge 2026 di Ho Chi Minh, Vietnam pada 27 Mac 2026.


Pelajar dan pensyarah menunjukkan pingat yang dimenangi

Daripada jumlah itu, empat pingat Emas masing-masing dimenangi Khairul Ashikhin Mohd Kamil dengan dua emas bagi kategori Asian Inspired Noodles & Chinese Cuisine; Muhammad Amar Mohd Salim satu emas (Individual Display Fruit & Vegetables) dan Umar Ridha Nirul Azwan satu emas (Display Fruit & Vegetable Carving).

Empat pingat Perak, lima pingat Gangsa dan satu Diploma pula dimenangi Kumpulan dan perseorangan.

Kejayaan merangkul pingat tersebut menjadi simbol kebanggaan buat seni kulinari Perak dan Malaysia malahan ia bukan sahaja mengharumkan nama institusi, malah memperkukuh kedudukan negara sebagai hab kecemerlangan kulinari di rantau Asia Tenggara dan dunia.



Kejayaan luar biasa ini meletakkan Malaysia sebagai pesaing utama di pentas global, menandingi peserta hebat dari negara-negara seperti Jepun, Singapura, Thailand, Taiwan, dan Australia menerusi pelbagai kategori teknikal yang dipertanding sepanjang tiga hari persaingan.

Pengarah PCAA @ KKCP, Ts. Meor M. Sharifuddin Meor Shukri menzahirkan rasa bangga yang tidak terhingga atas komitmen jitu yang ditunjukkan oleh barisan wira kulinari ini.

"Kejayaan ini adalah manifestasi 'Kecemerlangan Tanpa Kompromi' yang menjadi teras perjuangan kami di PCAA @ KKCP.

“Usaha gigih Khairul Ashikhin, Muhammad Syafiq dan para pelajar kita telah membuktikan bahawa bakat TVET Malaysia bukan sahaja mampu bersaing, malah mampu mendominasi pada peringkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan media pada 2 April 2026.


Sebahagian pelajar dan pesyarah yang menyertai pertandingan Kulinari di Vietnam.

Sharifuddin berkata, pencapaian ini adalah bukti keberkesanan modul pembelajaran praktikal di Kolej Komuniti yang berjaya melahirkan tenaga pakar kulinari bertaraf dunia.

Menurut beliau, pasukan yang terdiri daripada gabungan pensyarah dan pelajar ini telah mempamerkan prestasi luar biasa.

Sebanyak tujuh buah negara termasuk Malaysia, iaitu Jepun, Vietnam, Singapura, Thailand, Taiwan dan Australia.

Vietnam dengan lebih 203 peserta dan 401 penyertaan dari 19 wilayah dan bandar di seluruh Vietnam.

Sebanyak 288 pingat telah dianugerahkan iaitu 48 pingat Emas, 94 Perak, 146 Gangsa dan 103 Diploma.  -KitaReporters


Pelajar dan pensyarah dari tujuh negara bergambar selepas tamat kejohanan kulinari di Vietnam
12
11
0
12
0

Copy Link: