Terima kasih Kolej Universiti Islam Perlis! 267 warga kolej terima barangan keperluan, duit raya!

Published by
KitaReporters

Kakitangan KUIPs yang menerima sumbangan di majlis itu.

Pastinya warga Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) gembira dengan ketibaan Syawal tidak beberapa hari lagi.

Mereka bukan sahaja menerima barangan keperluan memasak dan daging malah mereka turut menerima duit raya sebanyak RM700 seorang dari pihak pengurusan yang disampaikan oleh Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle.



Moga Aidilfitri tahun 2023 ini lebih menceriakan.

“Aidilfitri pada tahun ini (2023) pastinya dinantikan oleh semua warga KUIPs kerana dua tahun sambutannya tidak dapat diadakan kerana pandemik COVID-19 namun pada tahun ini bukan sahaja dapat diraikan malah pihak pengurusan bersetuju berkongsi kegembiraan kedatangan Syawal ini dengan menyampaikan barangan keperluan harian dan daging untuk sajian pada pagi Syawal nanti,” kata beliau ketika dihubungi.


Barangan keperluan dapur dan wang yang diterima oleh kakitangan KUIPs.
Kakitangan yang hadir mendaftar sebelum diagihkan barangan dan sumbangan wang raya.

Dr Muhamad Rozaimi baru-baru ini menyampaikan sumbangan beras, gula, beras pulut, minyak masak, daging dan wang tunai RM700 kepada 267 kakitangan kampus itu.

Moga kolej yang ditubuhkan pada 3 Mac 2013 di bawah naungan Majlis Ugama dan Adat Melayu Perlis (MAIPs) dengan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail, selaku penaung utama KUIPs yang menawarkan program tersendiri dan strategik untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beretika dan amanah ini akan terus melahirkan bukan sahaja graduan yang berketrampilan malah melahirkan warga kakitangan yang penyayang. - KitaReporters


Ceria menerima barangan dan wang Aidilfitri.

17
17
0
14
0

Copy Link: