Pengunjung berpeluang menaiki kereta kerbau yang digunakan untuk mengangkut jerami padi. 


KAWASAN sawah padi di Terengganu sebelum ini jadi tumpuan dengan warung roti canai di Kampung Padang Maras dan kedai makan Belagoangin di Kampung Pancur Kuin, Batu Rakit. Kini, giliran Kampung Tok Dir, Kuala Terengganu pula tular dengan adanya zoo kampung

Meskipun diberi jolokan zoo kampung dan hanya beroperasi di kawasan bendang atau dipanggil ‘baruh’ di Terengganu, namun bukan kaleng-kaleng kerana terdapat pelbagai jenis haiwan boleh didapati di sini termasuk rusa, landak, lembu sado, kancil, arnab serta kuda.

Tambah menarik, zoo kampung ini juga punyai daya tarikan yang ‘rare’ dengan adanya kerbau angkut jerami pada musim menuai, sekali gus berikan peluang kepada pengunjung rasai pengalaman naik kereta kerbau selain dapat melihat panorama matahari terbenam.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sawah:

https://kitareporters.com/search?search=sawah


Video| Kedai makan Belagoangin! Tempat untuk belago selera!

MUDA ABDULLAH 



Tempat peliharaan persendirian milik Muda Abdullah, 63, mula diusahakan sejak lebih dua tahun lalu ini kini tular dalam media sosial sehingga menarik kehadiran ramai pengunjung dan menjadi daya tarikan pelancongan.

Ketika ditemui KitaReporters, Muda yang merupakan penduduk di Kampung Tok Dir berkata sebelum tular kandang ternakannya itu telahpun diibaratkan sebagai zoo kampung bagi penduduk setempat yang saban hari datang berkunjung.

Tanah seluas kira-kira setengah ekar ini dibeli lebih kurang 10 tahun lalu dan peringkat awal dulu, saya usahakan tanaman padi di sini sebelum tidak lagi teruskannya. Kawasan ini saya jadikan tempat penternakan lembu sado sekitar tiga tahun lalu kerana minat.

Beberapa orang anak lelaki saya juga punyai jiwa sama dalam bidang ternakan, merekalah yang kemudiannya belikan rusa pula untuk diternak sebelum kami terus pelbagaikan lagi haiwan ternakan sebagai hobi mengisi masa lapang.

“Sehinggalah sekarang terdapat lebih daripada 10 jenis haiwan. Saya langsung tidak terfikir kandang ternakan diusahakan kami anak-beranak secara suka-suka jadi zoo kampung buat penduduk setempat dan kini daya tarikan pengunjung setelah ia tular,” katanya ketika ditemui KitaReporters.




Tambah bapa 12 anak dan datuk kepada 22 cucu ini, selepas tamat musim padi kawasan sawah berkenaan akan bertukar menjadi padang ragut yang akan dipenuhi lembu peliharaan penduduk kampung dan ia juga suatu pemandangan menarik untuk dilihat.

“Secara kebetulan tempat ternakan saya ini tular ketika musim menuai padi, jadinya ia berikan satu lagi daya tarikan, tambahan pula kini tidak banyak tempat masih meneruskan tanaman padi seluas ini berbanding suatu masa dahulu.

“Biasanya juga kalau sebut zoo, pastinya lokasi terletak di tempat yang ada standard tertentu serta bertiket tetapi zoo kampung ini hanya di kawasan sawah padi. Saya sendiri tidak menyangka kandang ternakan saya boleh tular sehingga ke peringkat sekarang.

“Kalau dihitung kos, rasanya sudah cecah puluhan ribu ringgit dibelanjakan namun saya dibantu oleh anak-anak dan kami pula beli haiwan secara berperingkat-peringkat. Berdasarkan perancangan juga, ingin perbanyakkan lagi haiwan ternakan pada masa akan datang,” ujarnya. - KitaReporters








0
8
0
0
1

Copy Link: