Wau bulan gagah indah melayang tinggi! Pusat beli belah Central Hatyai! Malaysia tetap di sanubari!
Published byWau bulan yang menjadi kebanggaan dan simbol kebudayaan Malaysia terbang melayang tinggi di pusat beli belah, Central Hatyai, sekali gus menjadi kebanggaan setiap rakyat negara ini.
Wau tradisional Melayu yang terkenal terutama di Pantai Timur itu kini melayang gagah dan indah dengan corak bentuk batik dan bunga yang amat cantik serta menawan.


Siapa sahaja yang menjejak kaki ke gedung mall lima tingkat di tengah bandar Hatyai ini sudah pasti kehairanan dan terpegun.
Bagaimana wau bulan yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu khususnya di sebelah Pantai Timur melayang megah di sebuah mall terkenal di negara jiran.
Namun begitu sebagai anak Melayu dan warganegara Malaysia, sudah pasti situasi tersebut amat membanggakan.
Melangkah masuk ke mall megah tersergam indah Central Hatyai ini pada 2 Mei 2026 membangkitkan rasa kebanggaan yang teramat sangat.
Apatah lagi apabila mendongak ke paras lima melayang indah wau bulan yang bercorak dan berwarna-warni serta dihias rapi.
Seni halus dengan lakaran corak yang pelbagai dicambah pula dengan warna bunga dan batik yang begitu indah amat mempesonakan.

Yang pasti melayangnya wau bulan di selatan Thailand adalah kebanggaan yang dikongsi bersama masyarakat Melayu serumpun sama ada dari Malaysia mahupun Thailand.
Syabas dan tahniah pengurusan Central Hatyai yang menjadikan wau bulan sebagai salah satu daya tarikan pelancong ke mall yang tersergam indah, menarik dan cantik. - KitaReporters

