KALAU ke Melaka, apalagi tarikan bandar raya bersejarahini selain kubu A Famosa, Bukit China dan Jongker Walk. 

Kali ini Opah nak ngomel bahawa bagi pengunjung ke Melaka kini, bukan lagi menjadi daya penarik kepada kubu itu atau bangunan sejarahnya. 




Bandar raya itu kini lebih memikat dan menyelerakan dengan hidangan asam pedas, ikan bakar dan dodol panas-panas yang digaul secara "live" depan pelancong.

Nampaknya usaha Kerajaan Melaka untuk menjadikan negeri itu popular dengan tempat-tempat tumpuan baharu tu, berjaya mengekalkan negeri tu sebagai destinasi yang wajib dilawati.

Kagum betul bila kembali ke Melaka pada Mei 2026 lalu. Opah melihat restoran asam pedas tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Merata di setiap ceruk, restoran masakan asam pedas menawarkan pelbagai cita rasa. Dari gerai sehinggalah restoran dah macam "pasar raya".

Macam jenama Asam Pedas Orang Kampung, restorannya gabungan beberapa unit kedai dan terpulang kepada pelanggan hendak masuk mana satu. 

Sempatlah masuk ke restoran tu dekat bandar Melaka yang tersergam sisa kubu dan peninggalan sejarah Portugis. Depan bangunan Taming Sari yang ada kabel naik turun itu, bangunan asam pedas yang dicat berwarna-warnia menceriakan pengunjung.

Pilih saja mana-mana restoran di situ, sentiasa penuh dengan pelanggan. 

Asam pedas yang disediakan dalam kuali kecil bersama daging tetel salai dan udang masak lemak menunggu pelanggan. Ada ikan bakar juga. Penuh dengan pelanggan waktu makan tengah hari.

Di tepi restoran pelbagai juadah asli Melaka dijual. Jajan dan dodol yang masih panas dan cair lagi dijual sebekas RM10. Belacan dan gula Melaka adalah oleh-ole istimewa dibawa pulang.


Lebih-lebih Melaka sudah pengikat perut pelancong dengan keenakkan asam pedasnya.


Opah sempat pergi ketiga tempat untuk merasa ikan bakar dan asam pedas.

 Satu tempat di muara dan asam pedas di Jalan Tun Khalil Yaakob dan asam pedas bawah pokok. Ikan bakar itu dengan lauk-lauk pilihan lain termasuk dua ekor siakap, kerang, sayur. Makan untuk empat orang cecah RM230.

Tak cukup lengkap tanpa asam pedas, terus esoknya ke retoran asam pedas di bawah pokok besar, menu telor ikan Mayong, ikan kembung, daging tetel dan ikan pari pula dalam harga RM120 termasuk minuman.

Pemilik restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Tajul berkata dia sudah berniaga lebih 30 tahun itu, memiliki beberapa unit restoran di dua lokasi. 

Peliknya dalam bangunan  "kosong" dan pelanggan lebih suka makan  di meja yang disusun atur di jalan yang ditutup.

"Bangunan kosong itu jadi tempat mereka berteduh bila hujan," kata Tajul sambil Opah cakap, "oooooo, begitu rupanya."



Kemudian kita cuba pula asam pedas di tengah bandar. Di sini banyak lagi pilihannya sebab ada ikan bakar, gulai lemak udang dan semua jenis hidangan termasuk kerang dan ikan bilis goreng petai. 

Di sini pula harganya lebih RM150. Baloi dengan banyaknya hidang asam pedas yang kami ambil. 

Satu lagi kelebihan Melaka ialah pembukaan tempat-tempat baharu dengan rancaknya projek kondominium. 

Katanya, pelancong kini terutama generasi muda sudah tidak begitu berminat menempah hotel sebaliknya mereka memilih homestay sebab lengkap macam tinggal di rumah.



Menginap di homestay di Pantai Klebang, empat hari dua malam di AmberCove dekat Pantai Klebang. Wah luasnya kawasan pembangunan semua dekat pantai tu. Dua tiga projek pencakar langit tengah dalam pembinaan.  

Ada ruang tamu, bilik tidur dua tiga unit ikut pilihan dan dapur. Bolehlah untuk memasak hidangan ringan kerana ada pinggan mangkuk, peti ais, mesin basuh dan oven.

Harga sewanya tak sampai RM500 untuk empat hari tiga malam. Selesa yang amat sebab ada kedai runcit dan kolam mandi serta padang rekreasi.



Portugis meninggalkan Melaka pada 14 Januari 1641 setelah Belanda, dengan bantuan Kesultanan Johor, berjaya menawan kota tersebut selepas pengepungan yang berlarutan. 

Penjajahan Portugis di Melaka berlangsung selama 130 tahun, bermula daripada penaklukan oleh Afonso de Albuquerque pada 15 Ogos 1511.

Wikipedia mencatatkan Belanda secara rasmi mengambil alih pentadbiran Melaka pada 14 Januari 1641.

Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 menyaksikan Belanda menukar Melaka dengan Bengkulu kepada Inggeris. Maka bermulalah peluasan tanah-tanah dikuasai penjajahan Inggeris ke atas Semenanjung Melayu. - KitaReporters


16
11
0
12
0

Copy Link: